SELAGI KU ADA SATUKAN KHAI BAHAR & NABILA RAZALI
Penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali
membuka tahun
baharu dengan buah
tangan istimewa buat peminat mereka menerusi lagu duet SELAGI KU
ADA.
SELAGI KU ADA juga
merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada (lakonan Nabila
Razali & Aedy
Ashraf) merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea
Azizan. Drama
Kerana Cinta Itu Ada sedang bersiaran di Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga
Jumaat jam 7
petang.
SELAGI KU ADA
merupakan lagu duet kedua Nabila Razali selepas melancarkan Tak Ingin Usai
bersama penyanyi
sensasi dari Indonesia, Keisya Levronka dan tujuh single sebelum ini,
manakala lagu duet
ke tujuh bagi Khai Bahar.
Kata Nabila, dia
bersyukur projek istimewa itu berjalan lancar dan gembira dengan respon
luar bisa peminat
walaupun sebelum lagu ini dilancarkan secara rasmi.
Alhamdulillah,
saya bersyukur rancangan untuk menghasilkan lagu duet berjalan lancar. Juga
berterima kasih kepada
Khai yang sudi untuk menjadi rakan duet saya.”
“Saya harap lagu
ini dapat diterima peminat kami dan disukai pendengar muzik tempatan,”
ujarnya.
Nabila dan Khai
Bahar ditemui pada majlis pelancaran SELAGI KU ADA di Dadi Cinema,
Pavilion pada Rabu.
Sementara itu, Khai
pula berkata, ini merupakan kolaborasi yang sememangnya ditunggu-
tunggu.
“Alhamdulillah, ini
adalah kolaborasi yang saya nantikan dan bersyukur semuanya berjalan
seperti dirancang.”
“Pertama kali
dengar lagu ciptaan Amylea membuatkan saya teruja dan berharap peminat
juga dapat jatuh
cinta dengan lagu ini,” ujarnya.
SELAGI KU ADA
berkisahkan tentang pasangan yang terpaksa berjauhan dan merindukan satu
sama lain setelah
satu krisis yg telah memisahkan mereka berdua. Namun selagi masih ada
waktu mereka akan
cuba untuk kembali bersama.
Muzik video SELAGI
KU ADA telah menjalani penggambaran selama dua hari di sebuah resort
di Janda Baik,
Pahang dan diarahkan sendiri oleh pengarah drama Kerana Cinta Itu Ada iaitu
Azri Izhar.
SELAGI KU ADA
merupakan kolaborasi 4 syarikat iaitu Nabila Razali Entertainment, Global
Keynote, Alternate
Records Sdn Bhd & Grateful Music Entertainment dan diedarkan oleh
Universal Music
Malaysia.
Lagu & muzik
video rasmi SELAGI KU ADA boleh di strim dan ditonton di semua platform
streaming bermula
11 Januari 2023 di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment.
Single SELAGI KU
ADA boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music,
Joox, KKBOX, Deezer
dan YouTube Music bermula 11 Januari lalu.
Comments
Post a Comment