DOLLA ‘LOOK AT THIS’
Kumpulan nyanyian
DOLLA nampaknya kekal sebagai
kumpulan nyanyian
wanita paling unggul untuk era ini. Sejak awal kemunculan mereka,
pelbagai kejayaan
telah dikecapi sehingga nama kumpulan mereka terus memuncak di
persada seni
tempatan.
Baru sahaja muncul
berduet bersama Naim Daniel melalui lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang
Paling Sedih Pernah
Aku Buat’ kini empat gadis jelita itu muncul dengan sebuah lagi karya
yang bakal mencuri
perhatian.
Pada 28 Januari
yang lalu, DOLLA telah memeriahkan Seen Festival in Kuala Lumpur 2023
bersama bintang
sensasi K-Pop antarabangsa iaitu NCT Dream, WayV, KARD dan ALICE.
“Kami merasa sangat
bangga apabila dibariskan dengan penghibur hebat dari Korea Selatan.
Dapat berkongsi satu
pentas dengan nama-nama handalan itu adalah impian yang sangat
kami idam-idamkan
sejak ceburi bidang muzik.
“Peluang ini amat
bermakna secara peribadi buat kami sebagai artis yang masih merangkak
kukuhkan nama. Ia
satu pengiktirafan terbesar untuk karier kami apalagi memang cita-cita
Dolla ingin tembusi
pasaran antarabangsa lagi,” kata mereka.
Single terbaru
DOLLA diberi nama LOOK AT THIS, single ini sebenarnya dicipta dan ditulis
dalam Bahasa
Inggeris oleh penciptanya yang berasal dari Sweden. Namun lagu ini kemudian
telah diterjemahkan
ke dalam Bahasa Malaysia khas buat peminat-peminat DOLLA di sini.
Menurut Tabby,
salah seorang ahli kumpulan DOLLA, lagu ini menceritakan tentang keyakinan
diri.
“Ia berkisar keyakinan diri dan tidak mempedulikan kata orang lain. Lagunya yang rancak juga
memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya
yang menarik. Malah ada bait lirik yang berbunyi “kau pandang di sini mata memerhati, but I
ain't even worried bout that,” kata Tabby.
Proses penulisan lagu juga memakan sedikit waktu kerana lagu asal ditulis di dalam Bahasa
Inggeris.
“Ia memakan masa kerana kami perlu mencari lirik Bahasa Malaysia yang sesuai untuk irama
sebegini. Ini kerana lirik asalnya sangat hebat sewaktu dihasilkan dalam Bahasa Inggeris.
Kami bekerja berbulan-bulan dengan pasukan kami serta Cikgu Shafi, dan juga SYA yang
membantu menyempurnakan lirik tersebut. Untuk bahagian rapnya kami juga dibantu
Yonnyboii dan ASYRAF NASIR untuk menyedapkan lagi lagunya pada bahagian rap. Berkat
bantuan semua pihak hasilnya menjadi satu kejayaan buat kami. Kami sangat berpuas hati
dengan karya ini akhirnya dan rasa segala penat lelah kami berbaloi,” tambahnya lagi.
Menurut Syasya pula lagu ini menampilkan sisi DOLLA yang berbeza.
“Nuansanya berbeza sedikit dengan lagu-lagu kami yang lepas. Malah rentak tarinya juga
lebih berat pada unsur hiphop. Namun kami masih menggunakan khidmat Ezra Tham dan
pasukan tari daripada UNC Dance Studio untuk membimbing kami dalam mereka tari.
Untuk video muziknya pula kami bekerjasama dengan Ghazi yang sudi mendengar pendapat
kami demi secebis kelainan. Kami bersyukur kerana sangat mudah bekerja dengan semua
orang,” kata Syasya.
Namun bagi Sabronzo pula ada beberapa cabaran dalam menghasilkan video muzik lagu ini.
“Cabaran pertama adalah kami terpaksa siapkan video muzik dalam satu hari lebih gara-gara
cuaca yang buruk. Yang kedua adalah kami terpaksa mengumpul tenaga dan bersengkang
mata selama 28 jam untuk menyiapkannya. Pada asalnya kami ada dua hari tapi gara-gara
cuaca begitulah halangan yang datang,” ujar Sabronzo.
DOLLA berharap lagu ini dapat diterima oleh semua termasuk pasaran antarabangsa. Ia
sesuatu yang berbeza dari apa yang kerap mereka tampilkan sebelum ini.
Single LOOK AT THIS boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 17 Februari jam 12 tengah malam, manakala music
videonya pula boleh ditonton di laman YouTube DOLLA pada tarikh 17 Februari jam 9 malam
Comments
Post a Comment