YONNYBOII DAN ALYPH MENCERITAKAN KISAH ‘SENGKEK’
Jika perlu
menamakan seorang bintang hiphop yang
meningkat naik dan
berjaya meninggalkan kesan dalam industri muzik tempatan, Yonnyboii
jelas merupakan
calon tersebut.
Sejak kemunculannya
beberapa tahun yang lalu, bintang pelbagai bakat ini telah berjaya
mencuri perhatian
arena hiphop Malaysia.
Kerap mengambil
kesempatan atas setiap peluang yang diberikan, Yonnyboii terus mengorak
langkah dan kini
muncul dengan sebuah lagi karya baharu berjudul Sengkek.
Dihasilkan bersama
rakan seperjuangan dari Singapura ALYPH, Sengkek merupakan sebuah
karya seni yang
mampu memberikan kelainan dalam dunia hiphop serantau.
Dicipta dan ditulis
oleh Yonnyboii dan ALYPH, ia disusun oleh pemenang Anugerah Juara Lagu
dan tokoh hiphop
tersohor, SonaOne bersama-sama ALYPH yang juga bertindak sebagai
penerbit bersama.
Sengkek merujuk
kepada sebuah perkataan yang digunakan dalam Bahasa Malaysia lisan di
kalangan generasi
muda. Ia bermakna tidak berduit dan bermula sebagai satu imbasan
tentang keadaan
Yonnyboii di awal kerjayanya yang masih belum berduit namun ingin
mengejar impiannya.
“Ia menceritakan
perjalanan ramai orang yang bermula mengejar cita-cita tanpa wang dan
bagaimana kita berjaya
melalui pelbagai cabaran untuk sampai ke satu titik selesa.
Lagu ini sebenarnya
ditulis semasa saya sedang mengalami situasi tersebut beberapa tahun
lepas dan
meletakkannya di aplikasi TikTok. Selepas menerima pelbagai respons positif
daripada peminat
dan pengikut, saya mengambil keputusan untuk menyiapkannya dan
menjadikan ia
projek terbaharu saya.
Saya menghantar
demo tersebut kepada SonaOne untuk proses susunan dan penerbitan.
Semasa SonaOne
sedang mengerjakannya di studionya di KL, ALYPH singgah ke studio beliau,
mendengarnya dan
terus menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian dari lagu tersebut
dan memberikan
perspektifnya yang tersendiri. Saya berbesar hati kerana memang impian
saya untuk
bekerjasama dengan ALYPH,” jelas Yonnyboii tentang penciptaan awal lagu ini.
ALYPH pula mengaku
bahawa dia melihat potensi besar karya ini sejak pendengaran pertama
lagi.
“Saya dapat dengar
keikhlasan serta kejujuran dalam suara Yonnyboii semasa mula-mula
mendengar demo ini
di studio SonaOne. Saat itu saya tahu saya mampu memasukkan sesuatu
dari sudut pandang
saya untuk lagu tersebut,” kata ALYPH.
Gara-gara kesibukan jadual mereka, kedua-dua bintang ini terpaksa melakukan proses
rakaman berasingan dari rumah masing-masing.
Lagu yang mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan ini turut hadir dengan sebuah
video muzik yang menarik.
“Saya gembira ALYPH dapat bersama-sama menyertai saya di KL untuk proses penggambaran
video muzik. Terdapat dua babak utama namun semuanya dirakam di satu lokasi. Ia
mengambil masa sekitar enam hingga lapan jam untuk disiapkan dan kami terpaksa
melakukan penggambaran di dalam kerana cuaca buruk di kawasan luar tika itu,” tambah
Yonnyboii.
Kedua-dua mereka berharap lagu ini akan diterima baik dan memberi inspirasi kepada semua
pendengar untuk terus ke hadapan dan jangan berputus asa dalam mengejar impian masing-
masing.
Sengkek boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX,
Deezer dan YouTube Music bermula 24 Februari 2023 manakala video muziknya sudah boleh
ditonton di laman YouTube Yonnyboii bermula jam 9 malam pada 24 Februari 2023
Comments
Post a Comment