Zaki Yamani & Yamani Abdillah Juara Famili Duo

 



Duo adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara program Famili Duo musim kedua.

Zaki dan Yamani membawakan medley Bunga, Hutang dan Kau Pun Sama di segmen bebas bersama lagu Potret dan Pelukan Angkasa di segmen Anugerah Juara Lagu (AJL) berjaya menumpaskan tiga pasangan duo lain dan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000.

Berada di kedudukan naib juara, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang membawakan lagu Pada Syurga di Wajahmu di segmen AJL dan medley lagu Gangnam Style dan Let’s Get Loud di segmen bebas berjaya membawa pulang RM20,000.

Menyampaikan lagu Let It Go di segmen bebas dan medley Gila dan Laguku Untukmu di segmen AJL, Wani Kayrie dan Bella Astillah pula menduduki tempat ketiga serta membawa pulang wang tunai RM15,000.

Membawakan lagu Kau Yang Punya di segmen bebas dan Sumpah di segmen AJL, Naim Daniel dan Sissy Imann meraih tempat keempat serta membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Seperti minggu sebelumnya, markah finalis Famili Duo dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, Famili Duo bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE