BUDI, KOLABORASI UNIK KMY KMO DAN LUCA SICKTA BERSAMA SUFIAN SUHAIMI
Siapa yang tidak
boleh lupa beberapa karya hebat ciptaan
duo penyanyi dan
rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Malah, mereka juga
berjaya berkolaborasi bersama beberapa penyanyi terkenal tanah air.
Antaranya bersama
Dato’ M. Nasir menerusi lagu Zuhud; Dato’ Sri Siti Nurhaliza (7 Nasihat);
Dato’ Jamal
Abdillah (Neraca); dan Hazama (Makuta).
Lebih membanggakan
Kmy Kmo dan Luca Sickta adalah, kesemua karya itu diterima baik
pendengar sekali
gus mencipta fenomena tersendiri.
Terbaharu, Kmy Kmo
dan Luca Sickta menghadiahkan peminat dengan buah tangan iaitu lagu
bergenre
tradisional berjudul Budi kolaborasi bersama penyanyi, Sufian Suhaimi.
Kmy Kmo berkata,
penulisan lagu Budi banyak diambil daripada celoteh seloka.
"Lagu ini
berentak tradisional dan ada unsur lawak. Jadi, kami kena pakai cara penulisan
seloka. Saya ambil
sedikit sebanyak contoh daripada lagu-lagu Allahyarham Tan Sri S M Salim,
Dato’ M Nasir,
Allahyarham Pak Ngah. Daripada situlah saya dapat idea penulisan lagu Budi
ini," katanya.
Menurut Kmy Kmo,
pemilihan Sufian Suhaimi dibuat kerana mereka suka bereksperimen
dengan muzik
berlainan daripada karakter asal penyanyi itu.
"Macam sebelum
ini kami bekerjasama dengan Dato’ M Nasir dan Dato’ Jamal Abdillah yang
mana masukkan muzik
hip hop dalam nyanyian mereka. Dan kali ini, macam kita semua tahu,
Sufian Suhaimi
ialah penyanyi berentak balada yang ke arah 'emotional'.
"Apa yang saya
dan Luca rancang adalah kami tukar muzik Sufian Suhaimi agar peminat dan
pencinta muzik
tanah air ini boleh tengok dari sudut berbeza Sufian Suhaimi.
"Sebenarnya
kami dah berkawan, jadi dia pun pendengar lagu rap juga. Dalam masa sama,
dia pun ada ilmu
dan skil nyanyian lagu berentak tradisional. Sebab itulah kami bawa dia
masuk supaya kita
boleh buat Sufian Suhaimi yang jarang orang dengar dan tengok," katanya.
Sementara itu, Luca
Sickta berkata, kelainan untuk lagu Budi hasil kerjasama Def Jam
Recordings Malaysia
dan Rusa Music ini apabila komposisi melodi bahagian korus dihasilkan
oleh dirinya.
"Proses
mengahasilkan lagu ini lancar. Kalau sebelum ini Sufian Suhaimi memang banyak
nyanyikan lagu
sedih, tapi kali ini lagu 'happy'. Jadi, ada kejadian kelakar ketika proses
rakaman di mana
saya paksa dia menyanyi sambil senyum untuk mendapatkan 'mood' lagu.
Jadi, sepanjang
rakaman dia senyum saja," katanya.
Berkongsi mengenai
video muzik (MV) lagu Budi, Luca Sickta berkata mereka memilih konsep
'old school'.
"Dalam MV ini
Kami sengaja memilih konsep dulu-dulu atau ala Seniman Bujang Lapok dan
Nujum Pak Belalang.
Hasilnya seperti yang ditonton pada MV.
"Saya
berharap, semua peminat boleh 'enjoy the music' dan ambil iktibar daripada lagu
ini.
Bukan saja
berhibur, tapi cuba menghayati mesej dan pengajaran disampaikan menerusi
lirik,"
katanya.
Sementara itu,
Sufian Suhaimi, 31, menyifatkan lagu Budi adalah unik dan mempunyai
kelebihan
tersendiri.
"Saya
berasakan lagu Budi ini adalah unik dan istimewa sebab ia ada elemen
tradisional
walaupun
perkembangan industri muzik ketika ini lebih kepada genre hip hop. Jadi, ia
bagus
untuk generasi muda
mengenal asal usul muzik Malaysia," katanya.
Menurut Sufian
Suhaimi, dia berasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan duo rapper itu.
"Sebenarnya
saya sudah mengikuti Kmy Kmo dan Luca Sickta ini dari dulu lagi dan memang
ada banyak
permintaan untuk saya bergandingan dengan mereka.
"Jadi, saya
sangat teruja untuk berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper yang saya minat
dan satu keunikan
juga apabila berpeluang menjayakan projek dengan Luca Sickta kerana ada
yang mengatakan
wajah kami ada iras," katanya.
Sufian Suhaimi
berharap lagu Budi yang sudah dilancarkan sejak beberapa minggu lalu itu
terus mendapat
sokongan peminat dan pencinta muzik tanah air.
"Pengalaman
bekerjasama dengan mereka ini sangat seronok, kami memang dah kenal
sebelum ini, cuma
masih belum ada kerjasama dari segi kerjaya. Mereka ini nampak sahaja
serius tapi
kelakar, bekerja dengan mereka juga sangat senang dan profesional.
"Saya harap
lagu Budi dapat diterima oleh peminat muzik di Malaysia dan layak mara ke
pentas muzik yang
berprestij," katanya.
Lagu ini juga telah
berjaya menduduki Carta Era 40 di tangga ke-19 dan Carta Suria Top 40 di
tangga ke-13.
Manakala muzik videonya menduduki tangga ke-16 di YouTube Music Trending.
Lagu Budi sudah
boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music,
KKBOX, Deezer dan
YouTube Music sejak 25 November 2022. Video muzik lagu Budi yang
ditayangkan di
saluran YouTube Rusa Music sudah mencecah 1 juta tontonan sejak dimuat
naik
Comments
Post a Comment