DA UNKOWN TAMPIL SINGLE KEEMPAT BERJUDUL CINTA HATI
Selepas kejayaan
single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih
lebih 2.1 juta
tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000
tontonan,
kini kumpulan
'boyband' Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk CINTA HATI.
Kumpulan yang
dianggotai empat anak muda kacak iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 21; Izmeer
Ibrahim (Izmeer),
20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 19, tidak
mengambil
masa yang lama
untuk melancarkan single baharu selepas kali terakhir pada awal tahun ini.
CINTA HATI hasil
ciptaan sepenuhnya oleh Momo sudah dilancarkan di kesemua platform digital
manakala muzik
video sudah boleh ditonton sejak 25 November lalu.
Bercerita mengenai
single CINTA HATI, Momo berkata, sebagai pencipta lagu dia mendefinasikan lagu
itu
sebagai karya yang
‘sweet’ dan ‘sexy’.
“Lagu ini mengisahkan
perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati
dalam diam. Lelaki
itu berjanji tidak akan sesekali berputus asa untuk memenangi hati wanita ini.
“Malah menerusi
lagu ini juga saya sudah membahagikan bahagian yang perlu dinyanyikan oleh
setiap
anggota kumpulan Da
Unkown supaya proses rakaman berjalan dengan lebih mudah dan cepat.
“Pada awalnya, saya
tiada idea untuk buat lagu ini. Namun apabila mendengar dua buah lagu dari
Indonesia dan Korea
Selatan, saya terdetik nak cabar diri menghasilkan lagu yang ada elemen baharu
dan
SIARAN MEDIA
tidak pernah saya
terokai. Alhamdulillah selepas dua jam mengerah idea saya berjaya menyiapkan
lagu
CINTA HATI. Boleh
dikatakan lagu ini antara karya yang paling cepat saya siapkan sepanjang seumur
hidup
saya,” katanya.
Ditanya mengenai
keunikan lagu CINTA HATI, Ameer berkata, lagu ini berbeza dengan single kedua
berjudul Tersakiti
dan yakin lagu terbabit akan mudah diterima oleh peminat.
“Ketika mendengar
melodi lagu ini, saya dapat rasakan peminat akan menyukainya. Malah peminat
yang
mendengar akan
berasa diri mereka sedang jatuh cinta walaupun mereka mungkin tidak mempunyai
pengalaman itu
lagi,’katanya.
Melihat keakraban
lima sahabat ini di akaun media sosial, maka tidak hairanlah Da Unkown mudah
mencipta keserasian
dan faham selok-belok dunia nyanyian.
Kata Izmeer, proses
rakaman tidak memakan masa yang lama memandangkan ini adalah single ketiga
mereka.
“Malah ketika
melakukan proses penggambaran untuk muzik video pun kami sudah tahu apa yang
kami
ingin laksanakan.
Walaupun masing-masing memiliki visi dan idea yang berbeza untuk muzik video
ini,
tapi kami berjaya
mencapai jalan penyelesaian untuk setiap idea yang dicurahkan.
“Secara peribadi,
saya menikmati proses penggambaran untuk muzik video ini dan boleh dikatakan
kali
pertama kami
berjaya menemui jalan cerita yang menarik dan tersusun. Saya seronok apabila
semuanya
berjalan dengan
lancar,” kata Izmeer.
Dalam pada itu, Zaq
berharap lagu CINTA HATI dapat diterima ramai dan mencipta fenomena baharu
selepas kejayaan
Jangan Marah (Baby Sayang).
SIARAN MEDIA
“Saya harap lagu
ini akan digemari ramai kerana melodinya cukup romantis dan akan menggembirakan
hari-hari anda.
Saya juga berharap lagu ini akan meletup seperti lagu Jangan Marah (Baby
Sayang) atau
mencetuskan
fenomena baharu.
“Saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat yang sehingga kini menyokong
perjalanan
karier muzik kami.
Saya berharap lagu ini akan menjadi hadiah terindah kepada anda,” katanya.
Single CINTA HATI
sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Spotify,
Apple
Music, Joox, KKBOX,
Deezer dan YouTube Music sejak 25 November yang lalu manakala muzik videonya
pula boleh ditonton
di saluran YouTube Ace Talents.
Comments
Post a Comment