SEE MY LEVEL, ASYRAF NASIR FT KOWACHEE HEBAT!
Dunia hip hop tempatan
terus meraih perhatian pencinta muzik
tanah air terutama dalam kalangan generasi muda.
Tidak terkecuali memeriahkan genre ini adalah
bintang hip hop yang kian mencipta nama, ASYRAF
NASIR.
Dia yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan
hip hop, RapStar anjuran stesen radio Era, ASYRAF
NASIR berjaya mencuri perhatian penggemar muzik
tempatan dengan beberapa lagu dan projek
kolaborasi.
Selepas muncul dengan single 2PAI (2021) dan Hati
Terbaik (2022), ASYRAF NASIR kini
mempertaruhkan sebuah karya yang dijangka akan
mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya
dalam industri iaitu lagu berjudul SEE MY LEVEL.
ASYRAF NASIR berkata, lagu hasil ciptaan Shazee
Ishak itu mampu menjadi sebuah 'lagu tema' untuk
setiap orang yang sudah bertungkus lumus untuk
mencapai tahap yang tinggi dalam perjalanan hidup
mereka.
“Lagu SEE MY LEVEL adalah lagu untuk mereka yang
ada 'standard' yang tinggi, seperti tagline yang
dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali). Kami iaitu
saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka di dalam
studio untuk lebih mengenali apakah perkara yang
dialami oleh seorang 13 tahun pada zaman
sekarang.
“Di era digital ini mungkin orang zaman sekarang
lebih matang dan cepat memahami mengenai
pelbagai perkara. Satu benda yang saya sedar,
Kowachee sangatlah matang bagi umur dia. Macam
bersembang dengan orang 20 tahun. Tapi antara
perkara yang kita faham sebagai seorang insan yang
dah lama dan muda dalam industri hiburan ini, ada
masa yang dia rasa tak boleh nak masuk sama
pemikiran dengan mereka yang sama umur dengannya.
"’Susah betul nak relate’ adalah kata-kata
yang pertama dikeluarkan ketika lagu ini ditulis dan memang
padan kenyataan ini dimulakan dalam lagu,” katanya.
Biarpun masih usia remaja, ASYRAF NASIR menyifatkan
Kowachee seorang penyanyi yang cepat yang
‘tangkap’.
“Kowachee orang yang cepat tangkap. Sebagai orang
baru kiranya dalam bidang rap, dia ni memang
faham mengenai penyampaian dan 'flow' dalam rap.
Kadang-kadang orang dewasa pun tak dapat nak
capai pemahaman yang cekap seperti itu.
“Proses rakaman agak seronok sebab penerbit, Shazee
seorang yang suka membawa keluar yang
terbaik dalam setiap penyanyi, jadi dia memang
berkali-kali mintak kita rakam semula. Bagi saya ia
bagus, sebab kita cakap mengenai ‘level’ atasan
yang berkualiti, maka ia perlu dilihat dalam hasil kita
juga,” katanya.
Berkongsi mengenai pengalaman bekerjasama dengan
semua pihak yang menjayakan lagu dan video
muzik SEE MY LEVEL, ASYRAF NASIR berkata
masing-masing memberikan aura bertenaga.
“Kita saling menjaga tenaga masing-masing. Sebab
satu hari padat dengan penggambatan dari awal
pagi hingga malam. Saya rasa yang paling
memberangsangkan adalah bila kita ada Diva AA datang ke
set sebagai penampilan istimewa.
“Sememangnya tuan punya badan bagi tagline 'SEE MY
LEVEL' pun berada di set, memang tidak
mengecewakan. Aura dia sangat kuat dan sangatlah memukau.
Bagi saya dan Kowachee ini satu
pengalaman baru sebab kita nak kena samakan tenaga
dengan dia,” katanya.
Sementara itu, Kowachee mengakui teruja dan paling
menantikan lagu SEE MY LEVEL itu kerana dapat
bekerjasama dengan ASYRAF NASIR selain belajar
menulis ‘verse’ tersendiri.
“Sesi proses rakaman agak santai. Kami
berkomunikasi bersama untuk membina idea. Saya juga dapat
belajar sambil menulis lirik sendiri. Semasa proses
rakaman lagu, ini pertama kali saya masuk studio.
Sebelumnya, saya ada sesi berborak dengan penerbit
dan ASYRAF NASIR.
“Macam rakaman video muzik pula, alhamdulilah tidak
ada pengalaman yang sukar. Semua berjalan
dengan lancar. Kru dan pasukan produksi pun sangat
menepati waktu. Saya juga dapat jumpa Diva AA
dan dia seorang yang sangat baik dan lawak. Apa
yang penting kami semua seronok dapat
bekerjasama,” katanya.
Menurut Kowachee, dia berterima kasih dan gembira
dapat bekerjasama dengan semua pasukan yang
dianggap profesional.
“Bekerja dengan orang yang sangat kreatif dan menyeronokkan
dalam video muzik adalah
pengalaman yang menarik dan tidak boleh dilupakan.
ASYRAF NASIR seorang yang sangat berkarisma
dan ada aura yang gembira, jadi bila bekerja dengan
dia proses menjadi seronok.
“Cuma, cabaran saya untuk penggambaran video muzik
ini adalah memandangkan saya masih
bersekolah, jadi kena asingkan masa sekolah dan
ASYRAF NASIR pun ada projek dia sendiri tetapi kerja
berpasukan yang ada membuatkan semunya menjadi
nyata dan mudah.
“Apa pun, saya berharap peminat suka, menonton dan
mendengar berulang kali lagu SEE MY LEVEL
ini. Saya juga berharap dapat banyak maklum balas
positif jadi saya boleh menambahbaik untuk lagu
lain,” katanya.
Single SEE MY LEVEL boleh didengari di semua
digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 3 Mac lalu,
muzik lagu SEE MY LEVEL ini telah ditayangkan
secara eksklusif di saluran YouTube Defjam Malaysia
pada 10 Mac lalu.
Comments
Post a Comment