KISAH PERJALANAN PERIBADI DALAM DUNIA SENI SUNTIK SEMANGAT KMY KMO HASILKAN 21A



 KISA


melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang gemilang. Begitulah mesej
yang cuba disampaikan dalam single terbaharu penyanyi hip hop terkenal, Kmy Kmo berjudul
21A yang baru dilancarkan di platform YouTube Kmy Kmo pada 30 Mei lalu.
Lebih mengujakan, single hasil tulisannya itu turut berjaya memasuki tiga playlist di platform
digital Spotify iaitu Border Beats, Made in Malaysia dan Pop Terkini! dalam tempoh sehari
selepas dilancarkan.


Pencapaian ini tentunya memberi sedikit kelegaan kepada pemilik nama sebenar Lukmanul
Hakim apabila single solo yang mengisahkan perjalanan peribadinya mendapat tempat di hati
pendengar tanah air.


Bercerita mengenai lagu 21A, Kmy memberitahu lagu yang dihasilkan itu adalah luahan ikhlas
dirinya dalam menceritakan kepayahan yang terpaksa dilalui untuk menempa nama dalam
pasaran muzik hip hop sebelum ini.


"Sebagai anak jati Kuantan yang begitu meminati muzik hip hop saya akui perjalanan yang
saya tempoh sebelum ini adalah satu proses yang panjang dan tidak mudah untuk saya lalui.
"Jika dulu saya perlu yakinkan bakat kecil yang saya miliki ini untuk menambat hati pendengar
di Malaysia selain cabaran untuk menembusi pasaran mainstream.


"Walau bagaimanapun segala pengalaman yang saya lalui sebelum ini akan menjadi satu
cerita indah yang tidak mampu saya lupakan selain menjadi pengajaran terbaik untuk saya
terus bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini,"katanya.
Tambah Kmy, sepanjang penulisan lagu ini dia tidak berdepan sebarang kesukaran kerana
lagu dan liriknya bersifat santai serta luahan hati peribadinya.
“Tiada tekanan untuk hasilkan lagu ini berbanding lagu-lagu yang pernah saya hasilkan
sebelum ini.


"Menerusi lagu ini saya hanya santai-santai saja. Tambah pula, lagu ini menceritakan
mengenai luahan hati serta semangat yang ingin saya bawa buat kawan-kawan atau kenalan
yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki pasaran muzik hip hop.
"Saya sedar masih ramai bakat-bakat muda yang kurang keyakinan diri untuk
memperkenalkan bakat mereka kerana takut dengan anasir negatif yang mereka dengar
dalam dunia hiburan.


"Ada yang bimbang jika kehadiran mereka dalam pasaran mainstream akan ditindas,
diketawakan, atau dipergunakan sedangkan mereka perlu berani dan yakin dengan sesuatu
produk yang ingin ditampilkan,” katanya.
Bagi yang meminati setiap lagu hasil ciptaan Kmy pasti pernah mendengar lagu 21A sekitar
tahun 2016 apabila demo yang dihasilkan dimuat naik di YouTube.
Baru-baru ini, lagu Ayuh hasil paduan Kmy Kmo bersama Malique, Aman RA dan Ernie Zakri
menjadi bualan peminat muzik hip hop apabila menduduki tangga teratas ‘trending’ di
YouTube.


Tampil merakam dengan nafas baharu, Kmy berharap 21A yang diperkenalkan ini dapat
memberi lebih kepuasan kepada pendengar.
"Sebenarnya pada 2016, saya pernah rakamkan lagu ini bersama seorang sahabat dikenali
Fareed. Kemudian rakaman kedua dibuat dengan versi baharu bersama Luca Sickta sekitar
2022.


"Tujuan saya merakamkan semula lagu ini kerana saya mempunyai perancangan dan stratergi
yang berbeza. Saya seorang yang suka mendengar maklum balas jujur dan ikhlas daripada
pendengar.

 "Ketika saya rakam lagu itu untuk album solo pada tahun 2016, namun masih belum

dikeluarkan, saya muat naik kesemua lagu di YouTube.
"Ini kerana, saya ingin melihat maklum balas yang jujur daripada pendengar yang sentiasa
menyokong kerjaya saya. Mereka ini semua akan menilai lagu yang paling mereka gemari dan
daripada situlah saya tahu kekuatan setiap lagu saya.
"Melihat respons positif daripada peminat untuk lagu 21A ini, saya pun nekad merakam
semula lagu ini dengan versi baharu dan lebih tersusun," katanya yang berharap lagu 21A
dapat diterima dengan baik oleh pendengar tanah air.
21A boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music,
Deezer, KKBOX dan YouTube Music sejak 30 Mei yang lalu

 H PERJALANAN PERIBADI


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE