SUE-ON ‘FILEM PERTAMA TERBITAN DATO AWIE KE LAYAR PERAK’
Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton-
penonton untuk menonton filem di pawagam.
Ternyata ia menjadi pilihan buat Dato Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah
untuk menghasilkan filem Sue-On.
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia
sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperD Zombie Kampung Pisang dan Hantu
Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan
sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.
“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan
akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya.
Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri,
selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On
adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang
menghiburkan.
Dalam pada itu, ujarnya lagisebagai seorang penerbit, dia meletakkan harapan agar filem Sue-
On ini dapat menambat haD penonton.
“Selain saya, mereka yang terlibat dalam filem ini termasuk pengarah, pelakon dan kru juga
pasD mahu melihat kejayaan filem ini.
“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya
untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Razif Ajiboy Rashid selaku pengarah berkata, dia menjadikan arwah Mamat
Khalid sebagai sumber ilham untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.
Menganggap allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam bidang pengarahan, Ddak dinafikan dia banyak
menjadikan filem-filem arahan Mamat Khalid sebagai rujukan.
“Saya banyak membesar dengan filem-filem beliau. Malah, saya mengenali dunia filem secara
lebih mendalam pun daripada beliau,” ujarnya.
Razif berkata, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember
2021 di Taiping, Perak.
Dalam pada itu, Razif juga mengakui dia Ddak dapat lari daripada cabaran-cabaran tertentu
sepanjang menghasilkan filem Sue-On.
Antaranya, dia perlu memikirkan cara yang terbaik agar filem arahannya itu dihasilkan dengan
cerita yang cukup santai dan mampu menghiburkan penonton.
“Kalau ditanya tentang cabaran keDka penggambaran, paling utama adalah cuaca
memandangkan Taiping adalah kawasan tadahan hujan.
“Namun, cabaran sebagai pengarah pula pasDnya adalah mahu memasDkan filem ini betul-
betul dapat menarik penonton ke panggung.
“Apa-apapun saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Dato Awie banyak
memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada saya,” jelasnya.
Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di
pawagam seluruh negara pada 6 JULAI 2023.
SINOPSIS
Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya
dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar
dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama,
memaDkan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan Ddak boleh pulang ke tempat
asalnya. Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan
mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, keDka Sue-
On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh
sepasang suami isteri yang pada keDka itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah.
Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk
kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri it uterus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On
terperangkap di Kampung Sebelah.
PELAKON
DATO’ AWIE - MAT DOSA
REEN RAHIM - SUE-ON
ROPIE - MISSNIN
SHAWANI - WANU
ALIF RAFIQ - ALIP
SHAIFULLAH - JIMI
AZLEE SENARIO - YB LI
NAZIA MUSTAFAR - CIK YAH
JOEY DAUD - MAT MOTOR
ACHEY - POCONG
AMY NUR TINIE - PONTIANAK
KAMARUL YUSOFF - CHE MAN BATAM
PENAMPILAN KHAS
HAJJAH ERRA FAZIRA
KUMPULAN WINGS
PRODUKSI
TERBITAN - Rumah Produksi Merah
PENERBIT - Ahmad Azhar Othman (Dato Awie)
PENERBIT EKSEKUTIF - Sharul Nizan Ramli (Pak Abu)
Hazil Izham Ismail
PENERBIT PENYELARAS - Hazleena Halim
PENGARAH - Razif Ajiboy Rashid
PENGARAH FOTOGRAFI - Jack Rahmad
PENGURUS PRODUKSI - Nazrin Rahim
Skor Muzik - Razif Ajiboy Rashid & Ayed Joe
Comments
Post a Comment