ERNIE ZAKRIE KINI BERNAUNG DI BAWAH SYARIKAT RAKAMAI UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA








Namanya di dalam persada seni tempatan memang tidak asing lagi.
Malah, dirinya telah mewarnai dunia seni suara lebih sedekad.


Kini, bintang bernama Ernie Zakri akhirnya disunting syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music
Malaysia untuk menyertai senarai artis berprestij mereka.


“Saya berasa sangat gembira dengan tawaran ini dan perasaan teruja serta gementar timbul dalam diri
saya pada waktu yang sama. Ini kerana banyak perancangan yang telah dibincangkan bersama pihak
Universal Music untuk kemajuan kerjaya saya dan saya begitu tidak sabar untuk semuanya,” ujar Ernie
mengenai perpindahannya ke syarikat rakaman tersohor itu.


Selain ingin memberikan yang terbaik sebagai artis terbaharu Universal Music, Ernie juga mempunyai
harapan tersendiri.

 

“Semestinya saya berharap akan ada perubahan dalam kerjaya saya, selain ingin mencuba benda yang
baharu. Saya memang inginkan perjalanan seni yang baharu dan mengharapkan lebih banyak peluang
untuk saya kelak.


“Lagipun saya memang sudah mengenali syarikat rakaman Universal Music dari dulu lagi. Malah saya
juga mengikuti perkembangan artis-artis yang bernaung di bawah mereka. Memang menjadi salah satu
impian saya untuk bekerja dengan pihak Universal Music. Ini kerana kebanyakan warga kerja mereka
terdiri daripada orang yang berpengalaman besar dalam industri muzik tempatan,” tambahnya lagi.
Bersiap sedia untuk bekerjasama dengan syarikat rakaman terbaharunya Ernie menjelaskan bahawa
dia bakal mengumumkan pelbagai perkembangan terkini.


“Saya tetap percaya dan akan terus mengejar impian saya. Saya faham bahawa untuk bekerjasama,
tiada salahnya untuk mengatakan tidak pada perkara-perkara yang kita tak setuju. Kita harus tahu apa

yang kita inginkan dan yakin dengan diri sendiri, walaupun mungkin ada yang tidak percaya pada diri
kita sendiri.


Selain itu, ini satu langkah besar dalam kerjaya saya sebagai seorang artis solo, jadi saya berharap apa
yang saya impikan akan berjalan dengan baik. Berkat aspirasi serta hala tujuan yang sama dengan
keluarga baharu saya ini, saya harap semuanya akan menjadi lebih baik. Jadi nantikan perkembangan
terbaharu kami tidak lama lagi,” jelas Ernie panjang lebar.


Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim turut berkongsi kegembiraan serta tujuan utama
mereka dalam membawa Ernie menyertai keluarga Universal Music Malaysia.
“Tujuan utama kami adalah untuk membantu Ernie dalam mencipta muzik yang lebih asli dan luar
biasa sesuai dengan gaya serta bakat unik yang Ernie miliki. Kami percaya sudah tiba masanya untuk
Ernie mengembangkan bakatnya ke luar Malaysia dan mencapai pendengar serantau.
Kami ingin memperkukuh namanya sebagai sebuah jenama dalam industri muzik dan memberikan
peluang untuknya berkolaborasi dengan aneka jenama lain.


Selain memberinya peluang untuk bekerjasama dengan pemuzik serta penerbit hebat dari dalam dan
luar negara, kami juga akan meningkatkan kedudukannya dalam dunia media sosial selain merancang
strategi pemasaran yang lebih mantap di samping penganjuran persembahan secara langsung yang
lebih efektif,” jelas Kim.


Antara perancangan Universal Music Malaysia untuk Ernie Zakri adalah pelancaran album penuhnya
yang bakal berada di pasaran November nanti. Ia satu projek istimewa yang juga akan menampilkan
lagu berbahasa Inggeris pertamanya berjudul “The Best” terbitan John Jeeves. Album ini bakal
memuatkan 10 buah lagu terbitan 9 penerbit hebat dari Malaysia dan Indonesia.
Turut mengulas tentang perkembangan kerjaya Ernie adalah Feros Sayna, selaku Ketua Jabatan Artis &
Repertoir dan Pengurusan Artis.


“Kami akan mengembangkan lagi bakat serta keberadaan Ernie dalam industri muzik untuk pergi lebih
jauh. Kami juga akan membantunya untuk memperbaiki apa-apa yang boleh ditambah baik demi
kemakmuran kerjaya seni serta imejnya.
Kami juga akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk dirinya dalam memperluaskan kehadiran
seninya di samping mengetengahkan bakatnya yang luar biasa. Kami ingin mempromosikan setiap
produknya dengan lebih baik supaya Ernie berjaya mencapai potensi penuhnya sebagai seorang artis
yang berkaliber,” ujar Feros.
Oleh itu, nantikan lebih banyak perkembangan menarik daripada pihak Universal Music Malaysia tidak
lama lagi




Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE