Masih Dapat Sentuhan Mark Adam, Penyanyi Cilik Angelica Petra Kini Muncul Dengan Single Kedua Berjudul Detik

 


Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster. Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu tersebut. Kini, setelah dua tahun Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik. Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica merupakan seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian. “Ketika mengajarnya, saya melihat kelebihan Angelica menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas. “Malah, dia merupakan pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu” ujarnya. Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika

 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana ketika itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar. “Ketika PKP berlaku, ada yang berjauhan dengan ibu bapa, saudara-mara, suami atau isteri & dan juga rakan-rakan sehingga akhirnya tercetuslah idea untuk saya menghasilkan lagu Detik. “Lagu ini menceritakan tentang sebuah kisah persahabatan yang saling berjauhan dan

 timbul
perasaan rindu. Apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan bersama mereka,” jelasnya. Menurut Mark, antara keistimewaan lagu ini adalah pada lirik dan melodi, di mana ia akan membuatkan seorang akan mengalami perasaan rindu terhadap seseorang. Dalam pada itu, Mark juga mengakui terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk sesi rakaman lagu ini bersama Angelica.

 “Cabarannya adalah ketikan sesi rakaman dibuat semasa PKP. Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada online ataupun offline untuk untuk menghasilkan lagu ini. “Selain itu, Angelica juga ketika itu perlu belajar genre yang baru untuk dirinya iaitu Pop Standard,” jelasnya. Sementara itu, Angelica juga sangat bertuah memandangkan ibunya sendiri iaitu Dato’ Rosmarayu Mokhtar yang juga merupakan pemilik syarikat D’Ayu Muzik merupakan individu paling kuat

 menyokong pembabitannya dalam bidang seni suara. Dato Ayu berkata, dia sememangnya gembira melihat perkembangan anaknya itu yang semakin matang serta gigih mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi. “Pengalaman pertamanya menerusi lagu Selamanya Bersama ketika usianya baru sembilan tahun telah benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dengan dunia nyanyian. “Kini pada usianya yang telah mencecah 11 tahun, saya percaya anak saya ini semakin matang serta semakin faham dengan dunia nyanyian,” jelasnya. Beliau memaklumkan, ketika ini Angelica bernaung di bawah syarikat rakaman D’Ayu Muzik yang juga telah pun menyusun jadual muzik tanpa mengganggu jadual persekolahannya. Ujarnya, pemilihan lagu kedua ini adalah hasil daripada

 kesepakatan unit Artis dan Repertoir (A&R) D’Ayu Muzik yang mempunyai perancangan tersendiri terhadap Angelica. “Saya dipanggil oleh A&R Manager D’Ayu Muzik yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan keluarkan single kedua Angel. “Setelah mendengar demo lagu Detik, saya terus bersetuju dengan lagu tersebut yang kebetulan lebih dekat dengan Angel yang sedang rindukan sahabat karibnya” ujarnya. Jelasnya, ketika ini pelancaran lagu berkenaan sudah memasuki fasa terakhir dengan segala persediaan telah dibuat, termasuk dengan muzik video yang sudah disiapkan sepenuhnya. Untuk makluman, lagu Detik sudah dilancarkan pada 30 Jun lalu di semua platform digital streaming bersama Muzik Video di YouTube Channel D’Ayu Music. Lebih menarik lagi, Detik juga sudah tersenarai dalam Carta Lagu Baru Nak Up di Stesen Radio Era. *INFO TAMBAHAN - Angelica Petra juga merupakan

 salah seorang pelakon yang membintangi filem Harum Malam bersama barisan pelakon lain seperti Bront Palarae, Remy Ishak dan Nadia Nisa. Filem arahan Dain Said berjaya menarik minat pengedar antarabangsa apabila bakal ditayangkan di luar negara. - Selain itu Angelica Petra pernah memenangi Bronze Award kategori Best Child Actress di festival Best Actor & Director Award – New York pada tahun 2022 menerusi filem Daddyku Gangster.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!