BUAH TANGAN’ ISTIMEWA MEMBUKA TIRAI GEGAR VAGANZA MUSIM KE 10

– 




ancangan realiti tersohor negara, Gegar Vaganza bakal kembali dengan musim kesepuluh. Ternyata kekuatan pada IP rancangan realiti ini memang tidak dinafikan dengan pemintaan yang tinggi daripada peminat-peminat di serata negara. Dengan kembalinya rancangan yang melahirkan semula kerjaya-kerjaya penyanyi-penyanyi terdahulu seperti Aliff Aziz (GV8), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Hady Mirza serta Naqiu (GV6) dan ramai lagi, rancangan realiti ini membuktikan kepentingannya dalam memangkin semula kerjaya-kerjaya penggiat-penggiat seni tanah air dan serantau.


Bersempena dengan 10 tahun Gegar Vaganza dan sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, Astro ingin menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton iaitu GV Roadshow 2023 yang bakal menjelajah ke 4 lokasi di 4 negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia, khas buat peminat Gegar Vaganza yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang 9 tahun bersiaran.

GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat- peminat menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka. Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Pihak Astro mahukan yang terbaik untuk setiap signature yang kami terbitkan. Gegar Vaganza bagaikan nadi kepada sajian hiburan kami yang dinanti-nantikan oleh para penonton kami. Sebelum kembalinya musim kesepuluh nanti, pihak Astro mahu membawakan Gegar Vaganza kepada para peminat di beberapa buah negeri termasuk Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan kelak. GV Roadshow 2023 ini bagaikan merealisasikan impian kami dalam merapatkan silaturrahim antara para peminat dan penyanyi-penyanyi tersohor Malaysia. Kami berharap pengalaman bersua dengan bekas peserta-peserta Gegar Vaganza tidak akan dilupakan nanti.”


“Kami turut teruja dengan sokongan para penaja kami yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada Astro. Saya ingin ambil kesempatan untuk meluahkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Farm Fresh yang kembali sebagai penaja utama Gegar Vaganza. Manakala pihak Astro turut berterima kasih kepada Adabi dan Cuckoo atas kerjasama yang berpanjangan ini.”

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023; Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan nanti. Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.


 

   Selain itu, Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama – sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September pada pukul 9 malam sehingga 10 malam yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Sesi ini juga boleh distrim secara langsung di platform digital Gempak. Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.

Penaja Utama


operasi syarikat.

Farm Fresh Berhad ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pengasas, Encik Loi Tuan Ee dan Encik Loi Tuan Kin selepas mereka membeli enam puluh ekor lembu baka Jersey Holstein dari Australia untuk memulakan ladang tenusu pertama di Mawai, Kota Tinggi, Johor. Bagi membantu mengembangkan operasinya, Encik Loi Tuan Ee meminta bantuan rakan lamanya, Encik Azmi Zainal untuk menjadi rakan kongsi dan membantu menguruskan

 Dengan sokongan syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad sebagai pelabur dalam syarikat, Farm Fresh Berhad berjaya memulakan operasi ladang tenusu di Muadzam Shah Pahang pada tahun 2014. Kerjasama inilah yang menjadi asas kepada kejayaan berterusan syarikat.


Kini sebagai syarikat tenusu yang terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad beroperasi dengan 5 ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia, dengan keluasan tanah keseluruhan 5,367 ekar, dan keseluruhan saiz ternakan sebesar 11,925 lembu tenusu dan lembu jantan. Farm Fresh juga mempunyai dua loji pemprosesan di Johor dan Pahang, Malaysia, dengan kapasiti untuk memproses sebanyak 161.1 juta liter produk lengkap setahun dan juga satu loji pemprosesan di Kyabram, Australia dengan kapasiti untuk memproses 84.0 juta liter susu setahun.


Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn Bhd, kini menawarkan lebih daripada 176 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, dan susu rumusan kanak-kanak.

Program Home Dealer yang dimulakan pada tahun 2016 juga kini telah berkembang kepada 55 stokis, 801 home dealer dan 952 ejen yang membantu Farm Fresh Berhad menjual produk melalui pelbagai saluran pengedaran di seluruh Malaysia, dan membantu syarikat untuk menjual kepada pelanggan dari segenap lapisan.



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!