DOLLA ‘VIRAL’ MENARI DI BUKIT BINTANG SEMPENA MV DAMELO
Sejak mula membuat kemunculan kali pertama pada
2019, nama ‘girl group’ DOLLA kian mencipta populariti. Imej
dan bakat yang dipertaruhkan
juga dilihat seiring dengan muzik yang dibawa.
Malah, DOLLA yang dianggotai oleh empat wanita iaitu Tabby,
Sabronzo, Angel dan Syasya
terus mengukuhkan pengaruh mereka apabila berjaya memenangi
beberapa anugerah
berprestij tanah air.
Terbaharu, DOLLA yang popular menerusi lagu Dolla Make You
Wanna mengekalkan
dominasi sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
pada Anugerah Bintang
Popular BH ke-35 baru-baru ini.
Seiring dengan peredaran muzik semasa, DOLLA nekad untuk
terus menyajikan peminat
muzik tempatan dengan karya atau lagu yang lebih segar.
Buktinya, single terbaharu DOLLA menampilkan Hard Lights
berjudul DAMELO yang
dilancarkan awal bulan ini sekali lagi ‘trending’ dan
menjadi buah mulut. Malah, video muzik
(MV) DAMELO menduduki tangga teratas carta trending di
YouTube dan YouTube Music.
Di Spotify pula, DAMELO berjaya menduduki playlist New Music
Friday di beberapa buah
negara seperti Korea, Singapore, Thailand, Filipina,
Indonesia dan juga Vietnam.
Bersempena pelancaran lagu dan MV DAMELO juga, DOLLA secara
eksklusif
mempersembahkan video muzik DAMELO berdurasi 15 saat di
Billboard WOLO, Bukit
Bintang. Ia satu inisiatif yang cukup membanggakan buat
syarikat rakaman Universal Music
Malaysia.
Tidak hanya itu, DOLLA yang juga terkenal dengan kelincahan
ketika membuat persembahan
turut menari di hadapan Billboard di lintasan jalan kaki di
Bukit Bintang.
"Ini adalah salah satu rangka promosi bagi
menghangatkan lagi single terbaharu
DOLLA. Selain video 15 saat DOLLA DAMELO MV di Billboard
WOLO Bukit Bintang,
mereka juga menari di hadapan Billboard di lintasan pejalan
kaki.
"Inisiatif ini juga daripada DOLLA sendiri untuk
meuar-uarkan sekali gus menzahirkan rasa
bangga mereka apabila MV DAMELO ditayangkan di Billboard.
Apatah lagi, kawasan itu
juga tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar
negara," kata wakil Universal Music
Malaysia.
Dalam masa sama, inisiatif yang dilancarkan ini juga
bersempena dengan kempen TikTok
challenge #DOLLADAMELO.
Nantikan juga video yang merakamkan segala aktiviti DOLLA
dalam rangka
mempromosikan single DAMELO ini yang bakal disiarkan di
saluran YouTube mereka.
Ayuh tonton DOLLA menari tarian DAMELO di hadapan WOLO DI
SINI.
Comments
Post a Comment