Aizat Manshahar Ini Dunia

 


Aizat Manshahar atau nama sebenarnya Aizat Aslam Bin Mohd Manshahar merupakan seorang penyanyi baharu yang berasal dari Kajang, Selangor. Aizat Manshahar merupakan pelajar Kejuruteraan Elektrikal di University of Kuala Lumpur, British Malaysian Institute dan bakal menghabiskan degree nya tidak lama lagi. Selain berbakat dalam nyanyian serta menulis lirik, Aizat Manshahar juga fasih bertutur dalam Bahasa Mandarin.


Minat terhadap nyanyian sejak dari kecil serta keluarganya yang mempunyai latar belakang dalam industri muzik telah mendorong Aizat untuk memenuhi cita-citanya sebagai seorang penyanyi. Selain itu, Aizat sentiasa penuhi ruang media sosialnya dengan video nyanyian serta melakukan nyanyian siaran langsung di Tiktok dan juga Instagram. Menurut Aizat, single pertamanya ‘Ini Dunia’ merupakan Impian serta pencapaian terbesar sepanjang hidupnya. Lagu ‘Ini Dunia’ benar-benar dekat dengan dirinya yang suka akan muzik bergenre pop dan juga R&B.


‘Ini Dunia’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aizat Manshahar. Lagu ini mengisahkan tentang realiti kehidupan yang tidak semuanya terjadi mengikut kehendak kita. Namun sesuatu yang pasti adalah usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Jika sudah mencapai sesebuah kejayaan dan kebahagiaan, jangan sesekali melupakan orang yang sentiasa menyokong sepanjang perjalanan sukar kita. Aizat berharap lagu ‘Ini Dunia’ boleh diterima oleh semua lapisan Masyarakat. 


Follow MAPMUSIC

» Facebook : https://www.facebook.com/616117981822785

» Instagram : https://www.instagram.com/mapmusicmy

» TikTok: http : //www.tiktok.com/@mapmusicmy

» Website: http : //www.mapmusic.my


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE