KEHANGATAN ALYPH TERASA DALAM KARYA TERBAHARUNYA ‘HEAT’
Penyanyi
rap serba boleh asal Singapura ALYPH, terus maju lewat projek terbaharunya yang
berjudul ‘HEAT’. Ia adalah single kedua daripadanya untuk tahun 2023
selepas ‘CHECK’ yang dilancarkan Februari lalu.
Sama
seperti single yang terakhir, ‘HEAT’ menyala masuk ke dalam minit
kehidupan sehari-hari beliau. Jika ‘CHECK’ menceritakan keadaan hidup beliau, ‘HEAT’
menganalisa ruang fikiran pejuang hip-hop ini yang telah mencapai kejayaan menakjubkan.
Walau
berada di puncak, kadang perlu tetap perlahan-lahan dalam menempuhi kehidupan.
ALYPH ingin menjelaskan bahawa kekal dan diam tidak semestinya perkara yang
buruk – tapi yang penting adalah bagaimana kita meneruskan pergerakan ke
hadapan, dan menyimpan tenaga sebanyak mungkin sehingga ia diperlukan.
“HEAT
ialah tentang mencari tenaga selepas berehat untuk seketika,” jelas ALYPH. “Ini
adalah perkara biasa – setiap kali saya mahu pergi bekerja, atau melakukan
sesuatu, saya perlu diberikan semangat, untuk bersiap sedia buat hari tersebut.”
Walaupun
tajuknya mungkin menggambarkan sesuatu yang panas, 'HEAT' seumpama
kereta laju yang menelusuri persekitaran yang tidak dikenali. Setiap hari
menawarkan sesuatu yang baru buat ALYPH – dia perlu membawa kehangatan, tetapi
dia mesti melakukannya dengan tujuan yang betul.
“Tuhan
menguji / mental pernah trip / badan pernah trip/ tapi aku switch / get a
grip,” nyanyi beliau dalam rap Bahasa Melayu dengan selingan piano dan rentak
‘trap’. Garis ini menjelaskan bagaimana beliau melihat ujian kehidupan sebagai
ujian keyakinan dan kewaspadaan. Malah apabila dia keletihan, dia harus melatih
dirinya untuk menukar tenaganya supaya meningkat kembali untuk langkah
seterusnya.
Kemudian
di dalam lagu, beliau mendedahkan bahawa tenaga beliau datang daripada semangat
serta keinginan seseorang yang pernah bermula dari bawah atau "rookie energy",
seperti yang beliau sebut dalam ayat permulaan – even as he continues to
perform at the top of his game. “Ini bukan tentang membuktikan diri kepada
sesiapa. Ia adalah tentang tidak mahu menjadi selesa kerana sentiasa ada
sesuatu yang lebih besar yang saya mahu capai untuk diri sendiri,"
katanya.
“Ada
banyak lagi yang boleh saya sumbang kepada ruang dan industri ini, lebih banyak
cerita yang boleh saya ceritakan dan lebih banyak orang yang boleh saya capai.
Tiada ‘tujuan’ tertentu yang saya mahu kecapi. Saya hanya mahu menjadi lebih
besar dan lebih baik."
Bagi
peminat ALYPH, mereka boleh mengharapkan lebih banyak lagi daripada bintang ini
sesuai dengan perancangan yang ada di balik tabir. Walaupun ‘HEAT’ hanyalah
single kedua buat tahun ini, terdapat banyak lagi yang akan muncul. "Ia
berasa seperti saya sedang berlatih secara konsisten dan diam," dedah beliau.
“Sekarang, saya bersedia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang saya boleh
lakukan.” Pada tahun 2023, ALYPH membawa kehangatan yang hebat secara santai
dengan hasil luar biasa. Video muzik untuk HEAT akan berada di YouTube
pada 22 September, 9 malam.
Mengenai Alif
Dekad hip-hop yang lalu di Malaysia dan Singapura
tidak boleh dipisahkan daripada ALYPH. Hasil kerjanya terserlah dengan ajnas
lagu hit yang berterusan dari tahun ke tahun – sama ada dalam tempoh beliau
dengan duo rap yang mendominasi carta, SleeQ, atau di bawah nama Magic Potions
(Andi Bernadee, Ismail Izzani, Kaka Azraff, Elizabeth Tan), dan kerjasama yang
meninggalkan kesan dengan nama-nama tersohor dunia rap Malaysia seperti Joe
Flizzow, K-Clique, SonaOne, dan banyak lagi.
Yang paling memeberi kesan adalah kerjaya ALYPH
sebagai seorang artis solo, dengan kemahiran beliau sebagai seorang rapper,
penyanyi, dan penerbit sejak menandatangani kontrak bersama Def Jam Asia
Tenggara. Kejayaan yang menyerlah termasuk pelancaran EP 'III / III' beliau,
dan kemuncak yang seterusnya lewat single tersohor "SWIPE". ALYPH
adalah seorang artis yang berdedikasi untuk menyempurnakan kemahirannya dan
membina identiti yang unik. Berkat korus yang mudah diingati dan kerjasama
dengan usahawan kosmetik Dato Seri Vida, "SWIPE" mencuri perhatian di
seluruh Asia Tenggara - dengan lebih 10 juta aliran di kedua-dua Spotify dan
YouTube. Karya ini juga telah ditampilkan sebagai bunyi latar dalam lebih 1.6
juta hantaran TikTok yang dicipta oleh peminat di seluruh dunia.
Kejayaan ALYPH di seluruh Asia Tenggara juga
telah membawa kepada kerjasama dengan jenama terkenal seperti JD Sports untuk
#AirMaxDay, McDonalds Malaysia #McDDoDaDipChallenge, Valentino dan banyak lagi.
Kini seorang penghibur popular, ALYPH kini menjadi
tumpuan di aneka pesta dan estival di seluruh Asia Tenggara,seperti Rolling
Loud Thailand, We The Fest, dan Baybeats pada tahun 2023. Dengan aura
tersendiri di atas panggung, ALYPH secara konsisten menghibur para peminatnya.
Seorang artis yang terus kekal dalam elemennya dan sentiasa berusaha untuk mengatasi
dirinya sendiri, karya ALYPH yang akan datang akan mengejutkan semua jangkaan.
Maklumat lanjut Def Jam South East Asia
Sejak pelancaran yang mengubah permainan industri
hiphop pada tahun 2019, Def Jam Asia Tenggara mempunyai senarai yang semakin
meningkat dan merupakan rumah kepada artis baharu muda, pelbagai bangsa dan bahasa
seperti Yonnyboii dari Malaysia, A.Nayaka dari Indonesia, RIGHT yang berpusat
di Vietnam, IronBoy dari Thailand dan 8 BALLIN’ dari Filipina bersama-sama
dengan bintang seperti Yung Raja dari Singapura.
Label ini telah mengembangkan pergerakan hip-hop
di atas panggung dengan 28 bakat menarik di seluruh rantau dan telah memperluaskan
jejaknya dengan landasan penting termasuk Konser Virtual Coach x Def Jam SEA
yang mempamerkan 13 artis di empat negara, serta kerjasama JDT untuk lagu rasmi
kelab bola sepak bertajuk "Pioneers" dengan maestro hip hop Malaysia
sendiri, Joe Flizzow dan Snoop Dogg yang legendaris.
Def Jam Asia Tenggara memimpin masa depan hip-hop
Asia kerana label ini terus mengangkat gelombang artis ke hadapan, di peringkat
serantau dan global.Laman web: Defjamsea.com
Discover
more ALYPH via:
Comments
Post a Comment