KHONG-KHAEK: The Djinn’s Curse
‘Filem Seram Islamik Pertama Thailand Dibawakan Yusrych Global Bakal Tayang Di Malaysia,
Trailer Rasmi Raih Jumlah Tontonan Sebanyak TIGA JUTA’
Thailand memang Fdak asing lagi dengan penghasilan filem-filem seram yang bermutu dan
mendebarkan sehingga turut diminaF oleh para peminat filem seram di Malaysia.
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan besar apabila menjadi filem seram Islamik
pertama negara itu, malah filem ini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih
kuFpan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu.
Apa yang menariknya, filem tersebut turut tular dan menjadi sebutan di Malaysia, malah
trailer rasminya sahaja sudah meraih jumlah TIGA JUTA tontonan menerusi akaun TikTok
@sukafilem.
Bagi Fdak mengecewakan para peminat filem seram di Malaysia, Yusrych Global Sdn Bhd bakal
membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment ini ke
pawagam seluruh Malaysia mulai 2 NOVEMBER 2023.
Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd., Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa
masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral
sehingga Fga juta tontonan dan diperkatakan orang ramai di media sosial.
“Saya percaya filem ini akan pecah panggung apabila ditayangkan di Malaysia, tambahan pula
kuFpan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari
tayangan.
“Kalau melihat pada komen pula, rata-ratanya ramai yang teruja nak menontonnya dan
tertanya-tanya bila akan tayang di Malaysia. Apapun akhirnya terjawab apabila filem ini akan
ditayangkan pada 2 November ini,” ujarnya.
Yusry berkata, dia ada bertanya beberapa kenalan dalam industri tentang filem ini dan mereka
menyarankan supaya dia membawa masuk untuk tayangan di Malaysia.
Sebelum ini, Yusrych Global Sdn Bhd berFndak sebagai penerbit dan edaran bersama untuk
filem Anwar The Untold Story dan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse menjadi filem kedua edaran
syarikat berkenaan.
Sementara itu, menurut pengarah filem ini, Kriangkrai Monvichit, idea untuk menghasilkan
filem ini tercetus setelah isterinya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu yang dia
sering terdengar bunyi yang aneh dan berasa bulu romanya meremang secara Fba-Fba
sehingga dia terpaksa menghenFkan hasrat untuk terus menulis.
Hasil dari perbualan itu pasangan tersebut sepakat untuk menghasilkan sebuah filem seram
dan akhirnya terhasil skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse yang dibarisi oleh para
pelakon hebat Thailand seperF Golf-Akara Lucas, TubFm-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena
Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong, ThiF Phoom-on, Sontana Chitmanee,
Hakeem Dhanawicit dan Ahmad Kasemiyah Dolah.
Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin untuk filem berkenaan kerana
mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta
pertolongan ataupun bersekongkol dengan jin.
Kriangkrai juga Fdak menafikan terdapat beberapa kejadian seram dan pelik sepanjang
penggambaran dilakukan.
“Ada pelakon yang mengalami gangguan, misalnya keFka pelakon utamanya, Golf berbaring,
dia merasakan seperF ada orang berbaring di sebelahnya tetapi apabila dia menoleh, Fada
sesiapa di situ.
“Selain itu, ada seorang lagi pelakon iaitu Lee Ping dan beberapa orang kru ternampak suatu
kelibat yang pelik sehingga mereka Fdak mahu meneruskan penggambaran,” ujarnya.
Mengenai harapannya apabila filem ini ditayangkan di Malaysia, sebagai pengarah pasFnya
Kriangkrai berharap filem tersebut mendapat sambutan hangat penonton.
“Dari sudut agama dan budaya, memang Fdak jauh berbeza dengan Malaysia. Apatah lagi
kisah yang dipaparkan adalah tentang masyarakat di Selatan Thailand. Jadi, saya harap
penonton Malaysia Fdak melepaskan peluang untuk menonton filem ini nanF,” ujarnya.
SINOPSIS
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Win yang
berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat apabila
merasakan yang keluarga mereka itu seperF diganggu jin.
Di sebalik mahu mencari perlindungan daripada gangguan yang dialami mereka, ternyata
keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya yang lebih besar. Win bersama isteri dan dua
anak perempuannya, Mina dan Lin masih terus mengalami gangguan yang menyeramkan.
Mampukah Win melindungi keluarga yang disayanginya daripada gangguan makhluk jahat
yang penuh misteri itu? Apakah punca dan rahsia yang bakal terbongkar di sebalik gangguan-
gangguan makhluk halus atau jin yang menyelubungi keluarga tersebut?
PELAKON
Golf-Akara Lucas - Win
TubFm-Anyarin Terathananpat - Joy
Mo-Amena Pinit - Nusreen
Marika Phraekhieocharoen - Mina
Piyarat Jatupong - Lin
ThiF Phoom-on - Uncle Tuae
Sontana Chitmanee - Alang
Hakeem Dhanawicit - Chat (Assistant Governor)
Ahmad Kasemiyah Dolah - Bangli
Aduly Bossu - Mading
Muhamad Monvichit - Toe Bomor
Prauda Khongphech - Nee
Comments
Post a Comment