KONSERT RADJA NOVEMBER INI

 



Bertempat di restoran terkemuka masakan Melayu asli,

Restoran Rebung Chef Ismail oleh Dato’ Chef Ismail, sebuah sidang media diadakan bagi

mengumumkan konsert ‘LIVE IN CONCERT RADJA (SPECIAL APPEARANCE ELLA)’ yang bakal

berlangsung pada 12 November 2023, jam 7:00 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

yang dibawakan khas oleh penganjur konsert tanah air, Orange International Entertainment.

“Ini merupakan sebuah penghormatan buat Radja dapat bertemu teman-teman media dari

Malaysia untuk menjelaskan lebih lanjut tentang konsert yang bakal diadakan November ini,

terima kasih juga kepada Restoran Rebung kerana menjadi penaja lokasi sidang media dan

makanan pada hari ini serta pada hari konsert nanti,” kata Ian, vokalis kumpulan Radja.


Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram)

bersama-sama ratu rock negara, Ella bakal disatukan dalam sebuah konsert antara benua

Indonesia-Malaysia yang julung-julung kali diadakan.

“Ini merupakan idea yang sudah lama diidamkan bahawa Radja ingin sekali berkolaborasi

dengan ratu rock Malaysia Ella di pentas yang sama, dan pihak penganjur Orange

Entertainment International yang berjaya merealisasikannya.

“Dua lagu hits kami ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar,

maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini disamping menjalin

perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,”

tambah Moldy.

Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja pada kali ini lebih istimewa kerana

konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dan juga peminat.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga

mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,” jelas

Seno.

Sebelum ini, pihak penganjur pernah mengadakan konsert oleh kumpulan Ungu pada

penghujung tahun lepas dengan jayanya dan menerima sambutan yang memberangsangkan,

menurut Dato’ Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange Entertainment International,

“Sebagaimana yang diketahui umum, Radja adalah sebuah band legendaris Indonesia yang

tidak perlu diperkenalkan lagi, kami gabungkan dengan ratu rock kita Ella dalam sebuah

konsert gilang-gemilang buat tatapan peminat-peminat rock di Malaysia, disamping

menyahut baik permintaan Radja yang mahukan Ella untuk turut serta bersama-sama mereka

di pentas yang sama.

“Saya berharap peminat rock Indonesia dan Malaysia akan terhibur, dan jangan lupa untuk

membeli tiket konsert sebelum terlambat.


Akhiri Ian: “Kami hanya mahu melepaskan rindu bersama peminat-peminat di Malaysia dan

‘yuk’ mari kita sama-sama ‘enjoy’ pada malam konsert nanti, jumpa anda semua pada tanggal

12 November nanti!

Tiket-tiket yang dijual berharga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus),

RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta)

boleh didapati di ticket2u.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM