Pertaruhan Achik Asrain & Nadia Rosli dalam Sabarlah Hati

 



Dunia hiburan tanah air sentiasa meraikan kehadiran

penyanyi baharu dalam menonjolkan bakat dimiliki. Kewujudan pertandingan program realiti

di kaca televisyen merancakkan lagi industri muzik tempatan.

 

Kehadiran bintang baharu ini melengkapkan lagi selera dan cita rasa peminat yang inginkan

sesuatu yang segar untuk hiburan halwa telinga. Biarpun ada antaranya muncul dengan lagu

bunyi 90-an, kelainan dari segi muzik itu masih menjadi keutamaan.

Terbaharu, syarikat rakaman Universal Music mempertaruhkan dua bakat baharu yang

memiliki paduan vokal mantap, Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu duet berjudul

Sabarlah Hati hasil ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid.

 

Menurut Achik Asrain yang juga bekas peserta program Lagu Cinta Kita musim ketiga, ini

adalah lagu duet pertama mereka selain menyifatkan ia kerjasama yang baik.

Lagu ini menceritakan pasangan kekasih yang tidak setia kepada pasangan sehingga

membawa keretakan perhubungan yang tidak ikhlas sehingga membawa perpisahan diantara

mereka. Hubungan baru yang didasari oleh kejujuran, pengertian, dan saling menghargai

sebenarnya ada di depan mata mereka, hanya saja tersembunyi oleh kerumitan dan

kebingungannya sendiri. Achik juga menghuraikan bahawa, lagu ini mengisahkan mengenai

percintaan yang musnah akibat daripada pasangan yang tak menghargai, hanya bermanis-

manis pada awal perhubungan dan ia sekadar hubungan yang penuh sandirawa dari kata-kata

dusta.

 

Achik meluahkan perasaan lega semasa proses rakaman lagu sangat berjalan lancar kerana

dibantu oleh Eddie Hamid, seorang komposer yang cukup berpengalaman serta jurutera bunyi

yang berpengalaman, Encik Amir. Proses menyiapkan lagu sangat baik dan tidak mengambil

masa yang lama. Achik dan Nadia dibantu oleh individu yang memang berpengalaman dalam

bidang mereka.

 

Kru dan semua yang terbabit dalam penggambaran MV Sabarlah Hati ini bantu kami untuk

lebih menjiwai karakter bagi menjayakan MV ini. Nadia berkata cabaran dilalui ketika proses

menyiapkan lagu dan MV Sabarlah Hati adalah pengalaman berharga buat mereka. Nadia

berkata, banyak perkara yang menghiburkan sewaktu bersama kru produksi sepanjang

pembikinan MV ini. Dia berterima kasih pada semua yang terbabit kerana banyak

membantunya. Ini merupakan satu memori yang dia takkan lupakan.

Nadia berharap semoga lagu Sabarlah Hati dapat diterima ramai dan sekaligus melonjakkan

nama mereka berdua dalam industri muzik. Semoga lagu ini dimainkan di corong radio serta

di mana-mana platform digital.

 

Lagu Sabarlah Hati sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 13

Oktober lalu. Muzik video juga boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM