XPOSE TAMPIL DENGAN MUZIK VIDEO SEPARUH JIWA



 

Separuh Jiwa ini berkisahkan tentang seseorang yang memberikan seluruh hati dan perasaan kepada seorang yang amat disayanginya malangnya orang yang disayangi itu tidak memberikan perkara yang sama malah mencuranginya. Ini boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang manusia yang banyak cabaran dan dugaan tetapi kita tidak boleh berhenti malah kena terus berusaha untuk bangkit dan berjaya. Oleh kerana maksud lirik lagu tersebut mempunyai banyak erti dan perspektif,

 XPOSE ingin membuat kelainan di dalam muzik video Separuh Jiwa. Idea asal muzik video ini daripada mereka sendiri yang terdiri daripada Eppy, Taqim dan Furhan. Mereka berpendapat bahawa muzik video Separuh Jiwa ini harus diperjelaskan dengan lebih terperinci kerana mempunyai maksud yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan. Dari lagu dan lirik, kemudian digarap menjadi sebuah muzik video. Secara dasarnya, ianya menceritakan mengenai senario yang berlaku dikalangan kehidupan kita sekarang. 

Jika dilihat dari mula sehingga habis, kita akan dapat melihat kesan dan akibat yang boleh berlaku sekiranya kita mempunyai semangat ‘Separuh Jiwa’. Dari sisi positif yang lain, kita harus mengingatkan diri sendiri bahawa dikalangan kita ramai orang yang menyayangi kita dan tidak sepatutnya perkara sebegitu diserap dalam kehidupan sehingga boleh menyebabkan kehilangan orang yang tersayang. 

Ingin ditegaskan, segala yang dipertontonkan adalah lakonan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja. Menurut Furhan, selaku vokalis dan penulis lirik, “Saya yang menulis lirik lagu Separuh Jiwa ini. Seperti lagu-lagu XPOSE yang lain, setiap lagu mesti mempunyai maksud yang tersirat. Saya tidak mahu lagu-lagu XPOSE sekadar lagu. Penting bagi saya untuk menekankan maksud dari bait-bait lirik sebagai panduan atau teladan untuk semua orang termasuk diri saya sendiri”. ‘SEPARUH JIWA boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify. Dengarkan juga lagu SEPARUH JIWA nyanyian XPOSE di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE