Emosi The Gadys dalam Gagal Cinta
Kemunculan ‘girl band’ The Gadys pada 2021 memberi
warna baharu dalam industri muzik sekaligus kembali
merancakkan dunia hiburan tempatan.
Kumpulan yang bermula dengan empat wanita berbakat memulakan
kerjaya nyanyian
menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan
sempena sambutan Hari Raya
Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama dengan ahli
baharu.
Menurut Airrol Azman, Pengarah Urusan Valient Music, The
Gadys yang dibarisi dua anggota
asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi
dengan muka baharu Thamiera Chan,
merupakan hasil ‘perkahwinan’ Universal Music Malaysia dan
Valient Music. Beliau optimis
kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang
dihasilkan. Buktinya, mereka yang
mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta
tanda suka dalam TikTok
cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys.
Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan
elemen reggaeton, rock dan
tradisional, The Gadys kembali dengan buah tangan terbaharu
berjudul Gagal Cinta.
Ayunie berkata, lagu Gagal Cinta adalah single yang cukup
istimewa buat mereka. Ayunie
menceritakan bahwa lirik lagu Gagal Cinta ini kalau
difahamkan, maksud dia agak mendalam
dan ada mesej yang nak disampaikan. Walaupun melodinya
rancak dan ‘catchy’ tetapi
hakikatnya lirik lagu Gagal Cinta ni sedih sebenarnya.
Ayunie juga berkata, begitu juga ketika proses rakaman lagu,
sangat seronok dan
berjalan lancar. Semasa rakaman, kami meletakkan emosi pada
setiap nyanyian untuk Gadys
merasai atau menjiwai lirik lagu gagal cinta ini. “Seperti
yang saya cakap, walaupun lagu Gagal
Cinta ni ‘catchy’, tetapi liriknya akan membuat seseorang
pendengar itu memahami lirik dari
awal sampai habis,” katanya.
SIARAN MEDIA
Berkongsi mengenai proses rakaman video muzik (MV) pula,
Aznie berkata mereka menjalani
latihan menari bagi memberikan hasil yang terbaik. Aznie
menceritakan bahawa proses
rakaman MV dimulakan dengan pra produksi iaitu menjalani
latihan menari dan koreografi
bersama Aisya Marissa. Sewaktu sesi latihan pula, kami
memang seronok mempelajari setiap
‘step’.
Aznie turut berkata, semasa rakaman MV, alhamdulillah semua
berjalan dengan lancar. Semua
pasukan produksi memberikan kerjasama yang baik. MV ini
membabitkan rakaman lokasi
dalam dan luas. Bila ‘outdoor’ hanya cuaca sahaja cabaran
kami, sebab sangat panas. Tapi,
‘glam team’ akan memastikan kami kekal menarik dan selesa.
Menurut Aznie, konsep MV
Gagal Cinta adalah ‘storytelling, partner dance and
emotion’.
“Lagu Gagal cinta ini sangat ‘catchy’ untuk dinyanyikan
bersama, tetapi lirik yang sangat
‘straightforward’ mengenai hubungan cinta yang gagal. Jadi,
konsep MV Gagal Cinta ini
menunjukkan kisah percintaan tiga gadis yang gagal
percintaan dengan lelaki yang sama cuma
berbeza karakter,” katanya.
Thamiera yang merupakan ahli baharu pula berkongsi cabaran
dilalui sepanjang proses
menyiapkan lagu dan MV Gagal Cinta. Thamiera berkata
sepanjang proses menyiapkan lagu
Gagal Cinta ini adalah sangat senang bersama komposer Adib.
Adib banyak memberikan
cadangan dan pendapat buat kami untuk mencapai hasil yang
memuaskan.
Thamiera berkata, lirik lagu ini sangat sedih sebenarnya,
jadi kami dan Adib bersama-sama
menghasilkan karakter di dalam lagu ini supaya sesuai dengan
konsep ‘sing along’ yang kami
cuba hasilkan.
“Terdapat beberapa cabaran sewaktu merakam MV, tapi hasil
yang kami dapat dengan
cabaran yang kami hadapi tidak sia sia. Memandangkan ini
debut pertama saya, saya tidak
merasa diri saya sangat tercabar lagi. Semua berjalan dengan
lancar. Akhir sekali, saya teruja
untuk single baru yang akan datang,” katanya.
SIARAN MEDIA
The Gadys juga berharap lagu Gagal Cinta ini mendapat tempat
di hati pendengar dan
pencinta muzik tanah air. Menerusi lagu ini anda mungkin
mengimbau masa percintaan lama.
Semoga lagu ini juga dapat dijadikan lagu yang menyentuh,
memberi semangat dan
menghibur. Semoga ia tidak hanya dinikmati di masa ini,
tetapi juga di masa yang akan datang,
insya-Allah
Comments
Post a Comment