Jelmakan Auramu’ Bersama Ernie Zakri dan Zeleb+ NM
Rentetan daripada penerbitan album debut Ernie Zakri AURA, di bawah Universal Music Malaysia hujung tahun lalu, bintang bersuara emas ini teruja untuk berkongsi video muzik Aura yang telah mula dipertontonkan di Youtube beliau sejak Jumaat lalu. Lagu Aura menceritakan tentang kekuatan serta keyakinan diri seorang wanita. Ia adalah sebuah karya yang mengangkat nilai pemerkasaan dan perjuangan wanita masa kini. Dan, mesej ini diterjemahkan dengan begitu indah dan sempurna dalam video muzik Aura. “Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang dan telah siap dirakam sekitar dua ke tiga tahun yang lalu. Namun, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya seketika kerana menanti saat yang tepat untuk memperkenalkannya kepada peminat. Kebetulan, perancangan untuk melahirkan album penuh tahun lalu berjaya dilaksanakan tepat pada masanya. Jadi, kami putuskan untuk menerbitkannya di dalam album pertama saya di bawah naungan Universal Music Malaysia dan menamakan album tersebut seb...