Jelmakan Auramu’ Bersama Ernie Zakri dan Zeleb+ NM


Rentetan daripada penerbitan album debut Ernie Zakri AURA,
di bawah Universal Music Malaysia hujung tahun lalu, bintang bersuara emas ini teruja untuk
berkongsi video muzik Aura yang telah mula dipertontonkan di Youtube beliau sejak Jumaat lalu.

Lagu Aura menceritakan tentang kekuatan serta keyakinan diri seorang wanita. Ia adalah sebuah
karya yang mengangkat nilai pemerkasaan dan perjuangan wanita masa kini. Dan, mesej ini
diterjemahkan dengan begitu indah dan sempurna dalam video muzik Aura.

“Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang dan telah siap dirakam sekitar dua ke tiga tahun
yang lalu. Namun, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya seketika kerana menanti saat
yang tepat untuk memperkenalkannya kepada peminat.
Kebetulan, perancangan untuk melahirkan album penuh tahun lalu berjaya dilaksanakan tepat
pada masanya. Jadi, kami putuskan untuk menerbitkannya di dalam album pertama saya di
bawah naungan Universal Music Malaysia dan menamakan album tersebut sebagai AURA,” jelas
Ernie tentang lagu ini.

“Untuk menjayakan video muzik yang berdurasi empat minit ini, saya telah mengenakan tiga
persalinan pakaian, dan video ini banyak bermain dengan kesan khas. Jadi, untuk menyudahkan
semua proses itu, ia memakan masa yang agak lama. Ya, saya akui ia agak meletihkan, namun
saya anggap setiap detik yang saya lalui untuk menjayakan karya ini sebagai pengalaman
berharga dan mengujakan,” tambah Ernie.
Menariknya tentang video muzik Aura ini, ia turut menampilkan produk kesihatan Ernie yang
akan dilancarkannya tidak lama lagi iaitu, Zeleb+ NMN

Kata Ernie, “Sebenarnya, lagu ini bukanlah pilihan sebagai single pertama tetapi kebetulan pula
penceritaannya sesuai dengan jenama dan imej Zeleb+ NMN.
Untuk pengetahuan semua, produk Zeleb+ NMN ini direka untuk wanita dan lelaki. Ia
diformulasikan dengan bahan yang bertujuan untuk menyediakan tenaga, terutamanya kepada
wanita dan mereka yang memasuki peringkat matang usia.
“Bagi saya sendiri, Zeleb+ NMN adalah teman terbaik untuk saya lalui hari-hari saya yang padat.
Dan kenapa saya munculkan ia di video muzik ini? Kerana saya tidak hanya mahu berkongsi
muzik saya dengan peminat, tetapi juga gaya hidup saya seperti amalan dan produk yang saya
ambil untuk kekal sihat dan bertenaga,” tambah Ernie lagi.

Menurut Ernie juga, selepas mengamalkan produk ini selama tiga bulan, beliau dapati kulitnya
semakin mulus dan membantu meningkatkan kecerdasan otak. Kecemerlangan Zeleb+ NMN
yang diiktiraf secara meluas telah menjadikannya produk pilihan personaliti terkenal. Ernie Zakri
kini banyak terlibat dalam mempromosikan Zeleb+ NMN. Slogan produk 'Jelmakan Auramu' juga
diinspirasikan daripada lagu Aura itu sendiri yang melambangkan intipati bercahaya dan bersinar
yang boleh didapati menerusi kebaikan NM
[1/31, 4:44 PM] Kelly 0122: Pra pelancaran Zeleb+ NMN akan diadakan pada 2 Februari 2024 dengan pelbagai aktiviti

selingan seperti sesi bertemu peminat dan perkongsian ilmu mengenai produk Zeleb+ NMN
bersama Ernie Zakri.

Zeleb+ NMN tetap komited dalam menyampaikan kualiti dan kepercayaan kepada pengguna.
Dengan dedikasi untuk kecemerlangan, produk kami memastikan penyelesaian yang boleh
dipercayai dan premium untuk kesihatan dan kesejahteraan anda, dengan bangga disahkan
sebagai Halal untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dari pengguna kami yang dihargai.
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di www.zelebnmn.com.m

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!