Bakat cilik NEO muncul dengan single Oh Ibu
Kredibiliti Penerbit muzik dan Komposer terkenal L.Y. atau
nama sebenar Rozman Shafie dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Malah, deretan
lagu yang dicipta bersama isteri, Baiduri sejak era 1990-an kekal menjadi lagu malar segar malah
masih menjadi siulan dalam kalangan pencinta muzik tanah air.
Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin
aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terbaharu, LY mempertaruhkan
bakat penyanyi cilik berusia 12 tahun yang dikenali sebagai NEO menerusi lagu Oh Ibu.
Menurut NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella itu digubah khas untuk dirinya. "Lagu Oh
Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella. Lagu ini digubah khas untuknya.
Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala
rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam. Lagu ini berkonsepkan rap dan berkisarkan
mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas.
Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidup dirinya. "Penulis mengambil masa
untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang
sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian. Melodi lagu ini
disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui
persembahan vokal rap yang beremosi.
Selepas siap lagu dan lirik, susunan muzik dihasilkan tetapi tidak dapat memenuhi kehendak
penerbit iaitu L.Y. Jadi, Bapak Jusak Irwan Sutiono mencadangkan susunan muzik digubah oleh
muzik 'arranger' Indonesia. Di Indonesia susunan muzik ini dua kali diubah oleh LY supaya sesuai
dengan saya dan bentuk muziknya kontemporari mengikut pasaran masa kini. "Vokal dirakam
sebanyak tiga kali di Studio L.Y. Music Factory untuk mendapatkan yang terbaik daripada saya,"
katanya.
Berkongsi lanjut, lagu Oh Ibu tetap memerlukan penghayatan biarpun ia bergenre rap. "Saya suka
berjenaka, tapi tiba-tiba perlu fokus dan serius menyampaikan lagu ini. Sebagai penyanyi baharu
saya cuba memberikan nyanyian yang terbaik tetapi masih gementar kerana ini kali pertama kami
bekerjasama”, katanya. NEO berkata, walaupun lagu ini genre rap tetapi ia mempunyai melodi
yang memerlukan penghayatan dan mempunyai nada rendah dan tinggi selain mencipta gaya
nyanyian yang boleh membezakan karektor NEO dengan penyanyi lain.
Berkongsi mengenai video muzik (MV) dan konsep yang diketengahkan, NEO berkata MV
memaparkan kedua ibu bapanya. "MV ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya
untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh
dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya. Ada beberapa klip yang
memaparkan saya dan keluarga dan ada juga yang memaparkan saya seorang diri.
"MV ini
dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Kru yang terbabit
semuanya baik dan saya sempat disapa oleh pengikut media sosial saya sewaktu penggambaran
MV ini.
NEO berharap agar lagu pertamanya berjaya menarik minat masyarakat dan mendapat tempat di
hati pendengar di samping menghayati maksud lagu Oh Ibu. NEO juga berharap agar mendapat
sokongan dan diterima baik oleh peminat muzik tempatan.
Oh Ibu kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX,
Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan
secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malay
Comments
Post a Comment