Tiara Andini Tak Berani Ungkap kan Perasaannya Dalam Lagu “Kupu-Kupu”




Para Mootiara (gelaran para peminat Tiara Andini) sepertinya sedang dimanjakan oleh penyanyi
kesayangan mereka, Tiara Andini. Bukan tanpa alasan, baru sahaja selesai dengan projek
muzikalnya bersama Arsy Widianto, Tiara Andini kini kembali mengeluarkan lagu terbaharu yang
diberi judul “Kupu-Kupu”.
Single “Kupu-Kupu” ini sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan
muzik ala K-Pop. Kini Tiara Andini memberikan sesuatu yang segar dengan membawa nuansa
muzik tarian pop ala 80-an.
Di lagu ini Tiara Andini bekerjasama dengan Laleilmanino yang dikenali sebagai pencipta lagu-
lagu hit masa kini di Indonesia. Dan, di single ini Laleilmanino bertindak sebagai penulis dan
pencipta serta penerbit lagu. Lagu ini dikeluarkan di bawah bendera label rakaman Universal
Music Indonesia, label yang menaungi Tiara Andini selama ini 

“Saat pertama dengar lagu ini saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman
didengar, dan lagunya juga sangat rancak, apalagi ini ciptaan Laleilmanino, saya sangat suka
bekerjasama dengan mereka,” ujar Tiara.
Untuk pengetahuan semua lagu “Kupu-Kupu” merupakan lagu cinta yang menceritakan tentang
dua orang yang sama-sama saling suka, namun saling tidak berani menyampaikan perasaan
cinta tersebut.
“Tahu kan? Kalau sedang suka, biasanya jadi sedikit takut untuk mengungkapkan perasaan. Ini
terjadi pada kedua-dua orang dalam kisah ini, padahal saling suka. Lebih kurang begitulah cerita
lagunya,” ungkap Tiara.
Sementara itu, dari sudut suara, seperti yang sudah disebutkan di atas, lagu ini menyajikan
nuansa tarian pop 80-an yang sangat menyeronokkan, ceria, dan menyenangkan. Nada-nada
yang ditampilkan juga mudah ditarikan.
Pelancaran “Kupu-Kupu” sangat dinantikan oleh para Mootiara, iaitu para peminat Tiara, kerana
sebelum ia dikeluarkan lagi, Tiara sudah memberikan banyak pembayang bertemakan kupu-
kupu yang membuat para peminat tertanya-tanya.
Semuanya bermula saat Tiara mengganti Spotify Canvas kesebelas lagu-lagunya dengan tema
kupu-kupu, hingga mengirimkan pesan kupu-kupu kepada penggemarnya di Instagram. Hal ini
tentunya membuat para Mootiara sangat teruja, mengenangkan Tiara Andini memang suka
memberikan petunjuk atau hint tentang karya-karyanya

Ada Dede Sunandar di video muziknya
Hala lain yang menggembirakan ada dalam video muzik lagu ini. Kenapa? Kerana di video muzik
ini ada penampilan salah satu pelawak Indonesia, Dede Sunandar. Dan, kehadiran Dede di video
tersebut menambah keceriaan pada konsepnya. Oh ya, video muzik ini adalah hasil kerja A
VSLZM production, bersama Michael Budihardjo yang bertindak sebagai sutradara.
Konsep video muziknya sendiri dibuat dengan nuansa 80-an, vintage! Penuh warna-warni,
latarbelakangnya juga diolah ceria, begitu juga dengan tatabusananya. Apalagi, di saat tarian
Dede, Tiara, dan keempat-empat penari beraksi ria di lantai dansa.
“Saat perbincangan, saya begitu teruja dengan konsep video muziknya. Apalagi di sana juga ada
Kak Dede. Ternyata hasilnya sangat bagus dan sangat memuaskan,” ujar Tiara.
Dengan pelancaran lagu “Kupu-Kupu” ini, Tiara berharap lagu ini menjadi tular, didengarkan
banyak orang, dan dapat menjadi sesuatu yang segar untuk dinikmati baik buat para Mootiara
serta penikmat muzik serantau

“Menurut saya lagunya sangat enak, dan ceria untuk dinikmati, semoga ramai yang suka, dan
harap ia bakal didengari oleh banyak orang,” harap Tiara.
Jadi, tidak ada alasan untuk tidak menjadikan lagu “Kupu-Kupu” sebagai lagu harian kalian, yang
boleh didengari sepanjang hari, kerana memang tidak membosankan, dan sangat
menyenangkan untuk dinikmati.
Single ini sudah tersedia di semua platform digital. Untuk video muziknya ia boleh ditonton di
akaun rasmi YouTube milik Tiara Andini.
Ikuti Tiara Andini:
Instagram: https://www.instagram.com/tiaraandini/
YouTube: https://lnk.to/TiaraAndini/youtube
Twitter: https://twitter.com/initiaraandini
Facebook: https://www.facebook.com/TiaraIdol10/
Dengarkan “Kupu-Kupu” DI SINI
Tonton Video Muzik “Kupu-Kupu” DI SINI


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM