Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta ‘Perlu’ Bekerjasam



Ketiga-tiga nama bintang HipHop ini sudah tidak asing lagi di
dalam kalangan industri muzik Malaysia. Sejak membuat kemunculan beberapa tahun yang lalu,
nama mereka kerap menjadi sebutan diatas pengahasilan lagu-lagu hit yang pernah mereka
keluarkan nama-nama besar dunia nyanyian tempatan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M. Nasir,
Dato Jamal Abdillah dan Sufian Suhaimi.
Terbaharu, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya
istimewa berjudul ‘Perlu’. Melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan
penulis.
“Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan
sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya. Saya ingin
menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun
yang bakal tiba di masa hadapan,” ujar Yonnyboii membuka bicara tentang lagu ini.
Berbicara mengenai proses penciptaan dan penerbitan lagu, Luca Sickta menjelaskan bahawa
demo versi pertama ‘Perlu’ sebenarnya telah dirakam pada tahun 2021 oleh Yonnyboii, digubah
kembali untuk mendapat kesimbungan kami berdua.
“Proses gubahan muzik memakan masa dua tahun dan akhirnya siap di penghujung tahun 2023
setelah selesai proses rakaman bersama Kmy Kmo.
Untuk lagu ‘Perlu’ ini juga saya dan dan Kmy keluar dari zon selesa kami dan kami bayangkan
kami sendiri di dunia Yonnyboii untuk mendapat keserasian. Walaupun memakan masa yang
agak lama dari biasa namun dengan kesefahaman antara kami ianya mampu dibina kerana
initipati lagu ‘Perlu’ sendiri telah memudahkan dan menyempurnakan karya kali ini,” jelas Luca
Sickta.
Semestinya lagu ini turut ditampilkan bersama sebuah video muzik menarik untuk
menghangatkan lagi kehadiran karya ini. “Konsep untuk video muzik lagu ‘Perlu’ ini adalah lebih
ke arah penonjolan perspektif dua dunia berbeza dari setiap karakter terbabit yang ingin
menceritakan perjalanan masing-masing. Ia mengisahkan tentang kita semua yang sentiasa
hidup dalam dua watak yang berbeza. Bila setiap kali kita jatuh dengan watak negatif, watak
positif akan hadir untuk bantu membakar semangat kita semula supaya terus yakin dalam setiap
hasil usaha,” tambah Kmy Kmo tentang video muzik lagu i

Menurut mereka bertiga terdapat banyak lagi karya yang bakal dikeluarkan dan mereka sangat
berharap supaya semuanya sempat dilancarkan tahun ini. “Apa yang saya harapkan adalah,
semoga lagu ‘Perlu’ ini dapat diterima ramai khususnya berkat sokongan kuat pendengar-
pendengar yang sentiasa menyokong karya kami. Saya juga hara, para pendengar dapat
menghayati setiap bait-bait lirik yang sarat dengan nilai-nilai murni untuk dijadikan pelita hidup,”
tambah Kmy Kmo menutup bicara.
Perlu boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan
YouTube Music pada 26th April 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di
saluran YouTube rasmi Kmy Kmo pada 26th April 2024

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE