ASTRO TAMPILKAN ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI’ & ‘BUNGA SALJU’, DUADRAMA BAHARU KHAS UNTUK ANDA

Astro mempersembahkan dua drama baharu, ‘Cinta Untuk

Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’, menampilkan gandingan hebat dari dua naskhah yang pastinya
mampu membuatkan penonton drama tegar di seluruh Malaysia terpesona. Drama-drama ini
bergenre romantik, menyusuri kisah cinta yang mencabar dengan plot berbeza, disiarkan pada
bulan Mei ini, menerusi Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Sebagai salah satu genre popular masa kini, Astro ingin menampilkan penceritaan yang lebih
dekat dengan permintaan serta minat para penonton dengan memperluas karya-karya drama
rantaiannya kepada golongan muda menerusi ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ di slot MegaDrama,
nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan
mereka, serta memperkukuhkan proposisi drama di slot Tiara menerusi ‘Bunga Salju’ yang
memaparkan naratif percintaan dari perspektif yang lebih matang, penuh dengan cabaran dan
kesulitan.

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria,
“Astro teruja untuk memperkenalkan dua
drama baharu yang bakal menemani para penonton Astro Ria menerusi slot MegaDrama dan
Tiara. ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ memaparkan kisah cinta yang berputik kembali di antara
pasangan sudah berpisah, manakala ‘Bunga Salju’ mengisahkan kehidupan perkahwinan yang
melibatkan pasangan kelainan upaya. Kedua-dua drama ini berpaksikan cinta tetapi dengan plot
yang berbeza, memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Uniknya juga buat
‘Cinta Untuk Sekali Lagi´dan ‘Bunga Salju’ adalah gandingan watak utamanya yang dibarisi
pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik.
Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang
segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh
diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Kami berharap para penonton dapat
menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada
gandingan-gandingan baharu kami menerusi kedua-dua naskhah ini”.

MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama bergenre romantik komedi
dengan menampilkan gandingan baharu Meerqeen (Alan) dan Erysha Emyra (Anne) sebagai
teraju utama.

Drama rantaian 20 episod ini mengisahkan Anne dan Alan yang bertemu kembali selepas lima
tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam
kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah. Pertemuan ini menjentik
semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula
walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari
peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali
kedua.

Gandingan baharu ini menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-
bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Drama ini turut dibintangi oleh
barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin,
Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd, drama berkonsepkan
youth romance ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee
yang sama judul.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Mei
2024, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE