Pertandingan 'Bey Sobar Bey' Freestyle Dance di p


Minyak Masak Kijang Gold dengan kerjasama Kijang Music dengan bangga mengumumkan penganjuran pertandingan yang begitu mengujakan! Dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, ini adalah peluang yang sangat istimewa dan menarik untuk diraih peminat lagu viral “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo. Lagu ini sudah pun meraih lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube dan baru- baru ini bertakhta sebagai lagu paling popular di TikTok! Bukan itu sahaja, lagu ini juga telah mendapat kedudukan tangga ke-4 dalam carta RIM.
Bayangkan, anda berpeluang memenangi wang tunai dengan jumlah yang begitu besar hanya dengan menyertai cabaran 'Bey Sobar Bey' Freestyle Dance di platform TikTok yang popular ini!
Pasti ramai yang akan berasa gembira dan bersemangat untuk menyertai pertandingan yang amat menyeronokkan ini. Ini benar-benar peluang yang tidak harus disia-siakan! Mari kita cuba nasib dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan ini!
Juara pertandingan akan menerima hadiah berupa RM2,500 sementara pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang RM1,000 dan pemenang tempat ketiga akan menerima RM500. 10 pemenang saguhati juga akan menerima RM100 setiap satu.
Dengan ganjaran disediakan, sudah tentu ia akan menarik minat ramai peserta untuk beraksi dan mempersembahkan bakat tarian ‘freestyle’ mereka yang tersendiri.
Berikut adalah terma dan syarat pertandingan;
1. Pastikan anda ‘follow’ akaun TikTok @kijangmusic dan @minyakmasakkijanggold1
2. Rakam video anda secara individu atau berkumpulan berlatarbelakangkan lagu, 'Cinta Setandan Pisang' (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo dengan durasi maksima 1 minit.
3. Muat naik video anda di akaun TikTok anda dan pastikan ‘mention’ @kijangmusic dan @minyakmasakkijanggold1
4. Pastikan profil akaun TikTok anda pada tetapan ‘PUBLIC’.
5. Pertandingan ini terbuka dari 18 Mei sehingga tarikh tutup pada 18 Jun 2024.
6. Pemenang akan ditentukan oleh panel juri dari Kijang Gold dan Kijang Music berdasarkan kreativiti tarian dan jumlah tontonan video di TikTok.

 7. Semua keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pertikaian keputusan tidak akan dilayan.
8. Senarai nama pemenang akan diumumkan dalam akaun TikTok Minyak Masak Kijang Gold & Kijang Music pada 21 Jun 2024
9. Pekerja syarikat, pembekal dan syarikat sekutu yang berkaitan dengan Kijang Gold & Kijang Music tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
Jadi, apa tunggu lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan 'Bey Sobar Bey' Freestyle Dance di platform TikTok anjuran Kijang Gold dan Kijang Music! Untuk mendapat inspirasi gaya tarian, peserta boleh menonton video muzik rasmi “Cinta Setandan Pisang” nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo di pautan ini https://youtu.be/pBjHSguTk5s?si=Owd8uPdolC1IRRUB

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE