Posts

Showing posts from July, 2024

Angah undur diri dari SINAR

Image
Penyampai Pagi Di Sinar, Angah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada mengendalikan segmen pagi di stesen radio SINAR. Meskipun keputusan itu dibuat dengan berat hati, Angah terpaksa melepaskan kerjayanya sebagai penyampai radio atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor selepas menjalani beberapa rawatan. Menurut Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia. Keputusan Angah itu wajar dihormati dan ketiadaannya akan terus dirasai oleh semua krew penerbitan. “Telatah dan keceriaan Angah sentiasa menghidupkan segmen pagi di Sinar bersama dengan rakan setugas lain iaitu Jep Sepahtu dan Rahim. Kami doakan agar Angah terus sihat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya selepas ini,” kata Raja Nadia. Meskipun Angah memiliki kontrak dengan Sinar namun dia tidak diberhentikan seperti dakwaan sesetengah pihak. Angah juga tidak dikenakan sebarang penalti kerana sebab dia berundur diri adalah munasabah. Kami di SINAR mengucapkan terima kasih kepada Angah atas sumb

Bukan Rezeki Saya - Bunian

Image
Mendapat undian sebanyak 48.88% perserta Gimme The Mic Malaysia, Bunian tersingkir  pada konsert minggu ke - 2 malam tadi. Pernampilan yang menjadi tanda tanya  siapa kah di sebalik kain yang menutupi wajah perserta Gimme The Mic Malaysia ini . Membuat kan ranai tertanya - tanya siapakah dia.  Bunian menyatakan bahawa dia tidak sihat mengalami sakit tekak selama lima hari  sebelum berlansung nya konsert ke - 2. Namun apa jua yang terjadi, Saya tetap terus kan jugak persembahan malam tadi, Saya juga mengucapkan terima kasih pada mereka yang telah mengundi serta memberi kan sokongan terhadap saya selama dua minggu ini. Namun Kerjaya  seni saya tidak terhenti disini sahaja. Dan saya akan terus melangkah untuk terus maju didalam bidang seni ini.  Gimme The Mic Malaysia bersiaran di saluran. Astro Ria, on Demand, Astro Go dan sooka. Juga bolen disaksikan di Tiktok @astrogempak Live+ Setiap hari Ahad Jam 9.00 malam.

Raes Dipuji Oleh Barisan Juri Di Gimme The Mic Malaysia.

Image
Malam tadi menyaksikan enam peyingkiran bagi rancangan Gimme The Mic Malaysia. Untuk konsert minggu ke - 2, Seramai 20 Perserta Gimme The Mic Malaysia bertanding untuk minggu yang ke - 2 yang bertemakan ‘Siapa Aku’. Antara 6 perserta yang tersingkir pada malam tadi adalah. Rasz, Bunian, Oky Daniel, Rou Rou, Beyla Inara Dan Ary Hussin.  Manakala  markah tertinggi pada malam tadi sebanyak 66.06%  dimiliki oleh Raes.  Gimme The Mic Malaysia bersiaran di saluran. Astro Ria, on Demand, Astro Go dan sooka. Juga bolen disaksikan di Tiktok @astrogempak Live+ Setiap hari Ahad Jam 9.00 malam.

INSOMNIACKS DAN NABILA TAQIYYAH BERGABUNG DALAM SINGLE"BELUM MULAI

Image
Kumpulan band terkenal dari Kuala Lumpur, Malaysia, Insomniacks, telah bekerjasama dengan Nabila Taqiyyah untuk mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk "Belum Mulai". Single ini dikeluarkan di bawah Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia. Kolaborasi ini sangat menarik di mana bagi Nabila Taqiyyah, ini menunjukkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi melalui lagu yang berunsur band. Bagi Insomniacks, lagu "Belum Mulai" merupakan lagu Bahasa Indonesia pertama yang mereka keluarkan. "Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan video muzik. Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk terlibat," ujar anggota Insomniacks. “Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama say

ALTERNATE RECORDS X UNIVERSAL MUSIC MALAYSIADua ‘Label’ Inovatif Menjadi Rakan Strategik

Image
muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis- artis tempatan untuk meluaskan pengaruh muzik mereka di peringkat domestik, serantau dan global. Kerjasama antara Alternate Records yang terkenal dengan pendekatan inovatif dan kreatif dalam penerbitan muzik, bergabung tenaga dengan syarikat rakaman antarabangsa Universal Music Malaysia yang tidak asing lagi dengan rangkaian artis ternama, meletakkan satu anjakan paradigma bagi memperkenalkan perubahan yang baharu dalam industri muzik tempatan bagi memenuhi cita rasa penggemar muzik melalui gabungan kepakaran dari dua syarikat rakaman yang berbeza. Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, pihaknya perlu bekerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya untuk membina sebuah ‘rumah’ kepada bakat baharu

PENING TARUHAN TERBARU IDRIS BROWN

Image
Juara program nyanyian All Together Now Malaysia (ATNM) musim pertama, Idris Brown, pernah membuat langkah berani dan luar biasa dengan menerbitkan single sulung yang bergenre muzik klasikal, dua tahun lalu. Tindakan ini mencerminkan keberanian dan kreativiti Idris, 28, dalam meneroka ruang baharu dalam industri muzik yang sering didominasi oleh genre-genre popular. Dengan keputusannya untuk memperkenalkan muzik klasikal kepada khalayak, Idris menunjukkan keyakinan dan keinginannya untuk mencabar norma-norma sedia ada, lalu membuka ruang untuk pengalaman mendengar yang unik dan memperkaya. Langkah ini meletakkan Idris sebagai seorang artis yang berani mengambil risiko dan tidak terikat dengan kontreversi, menjadikannya seorang ikon inspirasi bagi generasi baru dalam industri muzik tempatan. Selepas single Dan Berakhirlah (2022) mendapat sambutan baik pendengar, terbaharu Idris muncul dengan single Pening hasil ciptaan sepenuhnya oleh Tam Cobain dan Glowrush yang mana berbez

Yonnyboii serlah sisi rock jiwang dalam Nadi

Image
 Seringkali tampil dengan lagu yang membawa mesej berat, penyanyi Yonnyboii tampil lagi dengan karya cukup mendalam berjudul Nadi. Istimewanya, dia turut bergandingan dengan pemain gitar tersohor Jobranko untuk projek ini. Yonnyboii mengakui lagu ini cukup istimewa kerana terilham dari perasaan peribadi. Dicipta bersama komposer Amy Bong, dia percaya ia mampu sentuh hati ramai. Bagi Yonnyboii, dapat menyalurkan pengalaman peribadi dalam Nadi juga memberikannya satu kelegaan. Ini kerana, dia pasti ramai orang lain di luar sana turut pernah merasai perasaan sama. “Saya mahu Nadi ini dirasa secara peribadi dalam hati pendengar. Kerana lagu ini saya tulis mengenai bagaimana saya berdepan keresahan dan ketakutan apabila berjumpa dengan orang baharu. “Saya bimbang dan segan mahu meminta pertolongan daripada sesiapa. Saya mahu mereka yang berdepan situasi serupa dapat bangkitkan kekuatan dalam diri untuk menanganinya,” katanya. Yonnyboii berkata mesej utama dalam lagu itu tidak la

INSOMNIACKS DAN NABILA TAQIYYAH ‘BELUM MULAI’ TAPI DAH TUL

Image
  Kumpulan Insomniacks nampaknya tidak mengenal erti putus asa. Sejak kemunculan awal mereka dahulu, kumpulan ini terus mengukuhkan nama mereka dalam industri muzik tempatan. Kini mereka melebarkan sayap lagi ke negara jiran selepas bekerjasama dengan bintang dari seberang yang semakin meningkat naik iaitu Nabila Taqiyyah melalui lagu Belum Mulai. Nabila Taqiyyah merupakan bekas naib juara rancangan realiti tersohor Indonesia iaitu Indonesian Idol musim ke-12 yang ditayangkan di stesen TV RCTI pada tahun 2022-2023. Belum Mulai ditulis dan dikompos oleh beberapa entiti berbakat iaitu Clara Riva dan S/EEK. Lagu ini mempunyai nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an. Lagu dan video muziknya mengisahkan seseorang yang terpaksa melepaskan seseorang yang sebenarnya belum sempat menjalin hubungan cinta dengannya. Apa yang menakjubkan adalah sedutan lagu ini yang dikeluarkan pada 12 Jun telah mendapat lebih 850 000 tontonan di laman sosial Instagram dengan 1,700 komen. Ini dikuti

QALAM NORANIZA IDRIS.

Image
Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka, MCorp Corporate Services Sdn Bhd (Anak Syarikat Perbadanan Melaka) dan NIPV Management Sdn Bhd akan menganjurkan Konsert di dalam pertandingan bertajuk QALAM NORANIZA IDRIS.   QALAM NORANIZA IDRIS dianjuran bersempena ulangtahun ke 30 Irama Malaysia Tiga Dekad (IM3D) adalah sebuah konsert di dalam pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan menghimpunkan seramai lebih 400 orang peserta di atas pentas dari seluruh Malaysia terbahagi kepada tiga kategori iaitu 7–12 tahun (Sekolah Rendah), 13-17 tahun dan (Sekolah Menengah) dan 13 tahun ke atas (Terbuka). Acara ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 27,28 dan 29 September 2024, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8:30 malam sehingga 11:30 Malam.   Terdapat 8 segmen etnik pilihan dari 12 segmen keseluruhan yang akan dipertandingkan berdurasi 6 minit menggabungkan dua elemen iaitu Melayu sebagai keutamaan dan etnik pilihan menjadi sebu

LAGU TERBAHRU AZHARINA & KOZAE ‘REALITI’ BUAT PEMINAT

Image
Setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi Azharina Azhar tampil dengan lagu ‘Realiti’. Lebih menarik, lagu ini merupakan kolaborasi pertamanya bersama Kozae (One Nation Emcees). Lagu yang menjadi buah tangan buat peminat mereka itu telah digubah oleh komposer terkenal Luca Sickta dan Kozae sendiri, manakala lirik ditulis oleh Kozae, Luca Sickta, Trigga dan Pasha. Menurut Azharina, lagu ini mengisahkan tentang ‘Realiti’ kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia di atas muka bumi ini. Ujarnya lagi, fasa naik turun dalam kehidupan juga merupakan perkara biasa bahkan ia akan mematangkan seseorang tatkala berdepan ujian dan cabaran hidup. “Sepanjang 23 tahun berada dalam industri seni, sudah tiba masanya saya menghadiahkan sesuatu yang ‘fresh’ dan istimewa buat peminat. Bagi saya, lagu ‘Realiti’ ini mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding lagu-lagu saya sebelum ini.” “Ramai yang tak tahu saya minat Hip Hop. Pada masa yang sama, saya sejenis yang s