ALTERNATE RECORDS X UNIVERSAL MUSIC MALAYSIADua ‘Label’ Inovatif Menjadi Rakan Strategik


muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan
syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa
revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-
artis tempatan untuk meluaskan pengaruh muzik mereka di peringkat domestik, serantau dan
global.
Kerjasama antara Alternate Records yang terkenal dengan pendekatan inovatif dan kreatif
dalam penerbitan muzik, bergabung tenaga dengan syarikat rakaman antarabangsa Universal
Music Malaysia yang tidak asing lagi dengan rangkaian artis ternama, meletakkan satu
anjakan paradigma bagi memperkenalkan perubahan yang baharu dalam industri muzik
tempatan bagi memenuhi cita rasa penggemar muzik melalui gabungan kepakaran dari dua
syarikat rakaman yang berbeza.
Menurut Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, pihaknya perlu bekerjasama
dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya untuk membina sebuah ‘rumah’ kepada
bakat baharu. “Sebagai syarikat rakaman antarabangsa, kami sentiasa percaya bahawa
kerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya seperti Alternate Records adalah
penting bagi mencungkil bakat baharu agar kepelbagaian genre muzik dapat dihasilkan. Ia
juga merupakan satu langkah yang penting dalam mengembangkan lagi industri muzik tanah
air. Dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua belah pihak, kami percaya yang
kerjasama ini bakal meningkatkan lagi keupayaan kami dalam memahami selera tempatan
dan mengukuhkan lagi komitmen kami dalam menggalakkan inovasi dan kepelbagaian dalam
industri muzik. 

Tambah Kim Lim lagi, “Bagi kami, tidak semestinya mengenai dari mana asal artis tersebut.
Yang lebih penting adalah jika muzik benar-benar berhubung dengan pendengar dan sesuai
dengan visi yang kita cuba bina bersama,”
Kim Lim berpendapat, kerjasama kedua pihak adalah tepat selain menyifatkan kejayaan
Alternate Records & Talents dalam pasaran muzik masa kini. “Alternate Records & Talents
telah berjaya mencungkil bakat dan menghasilkan beberapa artis, lagu dan runut bunyi yang
menonjol dalam pasaran masa kini. Pengumuman kerjasama dengan Alternate Records &
Talents hanyalah langkah pertama kedua-dua syarikat rakaman muzik untuk berganding
bahu mengembangkan lebih ramai bakat hebat untuk industri muzik Malaysia,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, antara artis yang telah dan bakal memulakan projek
kerjasama itu seperti Marsha Milan, Rahmad Mega, Puteri Khareeza, Sonaone, Ernie Zakri,
Bella Astillah dan Ezra Kairo. “Ini adalah antara beberapa senarai artis yang telah dan akan
bekerja rapat bersama dengan Alternate Records. Dan kami sangat teruja untuk terus
bekerjasama dengan mereka dalam lebih banyak projek yang akan datang,” tambah Kim Lim.
Puan Shahila Shah Harun, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Filem, Muzik dan Kandungan
Rancangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, berkongsikan keterujaan ketika
mengumumkan kerjasama bersama Universal Music Malaysia ini, “Kerjasama antara
Alternate Records dan Universal Music ini adalah satu langkah strategik untuk meluaskan
pengaruh artis tempatan. Dengan sokongan Universal Music, kami yakin dapat menghasilkan
karya yang bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi juga mampu menembusi pasaran muzik.
Tambah Puan Shahila Shah lagi, ”Alternate Records dan Universal Music mempunyai barisan
artis yang berbakat dan seharusnya kami akan memberi sokongan penuh dari segi promosi,
produksi, dan pengedaran. Ini adalah permulaan era baharu dalam industri muzik Malaysia.
Kolaborasi ini bukan sahaja memberi peluang kepada artis sedia ada tetapi juga membuka
pintu kepada bakat-bakat baru yang mencari platform untuk menonjolkan potensi mereka.
Selain itu, usaha sama ini akan memfokuskan kepada pengeluaran muzik yang lebih berani,
segar, dan relevan dengan kehendak pasaran semasa.”
Dengan pengumuman ini, industri muzik Malaysia akan membuka lebih banyak peluang
kepada pemain industri untuk membawa muzik Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Semangat
kolaborasi dan pertukaran idea ini memberikan sinergi yang unik, menjana keharmonian yang
membolehkan kepelbagaian budaya dalam muzik Malaysia terus berkembang dan menjadi
terkenal di peringkat domestik, serantau dan global.
Dalam erti kata lain, industri muzik Malaysia semakin diminati dan dihormati di persada
serantau dan antarabangsa, membuka lembaran baru untuk insan kreatif Malaysia melalui
platform yang lebih berdaya maju serta lebih berprestij

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE