Angah undur diri dari SINAR

Penyampai Pagi Di Sinar, Angah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada mengendalikan segmen pagi di stesen radio SINAR.
Meskipun keputusan itu dibuat dengan berat hati, Angah terpaksa melepaskan kerjayanya sebagai penyampai radio atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor selepas menjalani beberapa rawatan.

Menurut Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia. Keputusan Angah itu wajar dihormati dan ketiadaannya akan terus dirasai oleh semua krew penerbitan.

“Telatah dan keceriaan Angah sentiasa menghidupkan segmen pagi di Sinar bersama dengan rakan setugas lain iaitu Jep Sepahtu dan Rahim. Kami doakan agar Angah terus sihat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya selepas ini,” kata Raja Nadia.
Meskipun Angah memiliki kontrak dengan Sinar namun dia tidak diberhentikan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Angah juga tidak dikenakan sebarang penalti kerana sebab dia berundur diri adalah munasabah.
Kami di SINAR mengucapkan terima kasih kepada Angah atas sumbangannya yang besar kepada stesen ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE