INSOMNIACKS DAN NABILA TAQIYYAH BERGABUNG DALAM SINGLE"BELUM MULAI


Kumpulan band terkenal dari Kuala Lumpur, Malaysia, Insomniacks, telah bekerjasama
dengan Nabila Taqiyyah untuk mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk "Belum
Mulai". Single ini dikeluarkan di bawah Universal Music Indonesia dan Universal Music
Malaysia.
Kolaborasi ini sangat menarik di mana bagi Nabila Taqiyyah, ini menunjukkan sisi lain dirinya
sebagai penyanyi melalui lagu yang berunsur band. Bagi Insomniacks, lagu "Belum Mulai"
merupakan lagu Bahasa Indonesia pertama yang mereka keluarkan.
"Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk
diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan
video muzik. Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu
ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk
terlibat," ujar anggota Insomniacks.
“Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi
bersama kumpulan dari Malaysia. Seluruh proses produksi berjalan lancar danmenyenangkan. Saya harap semua pendengar dapat menikmati lagu ini seperti kami
menikmati seluruh proses pembuatannya,” kata Nabila.
Dalam single "Belum Mulai" ini, Nabila dan Insomniacks bekerjasama dengan Clara Riva
dan S/EEK sebagai pencipta lagu. Mereka sudah banyak bekerjasama dengan penyanyi
tempatan untuk mencipta lagu-lagu hit.
Lagu "Belum Mulai" menceritakan tentang seseorang yang harus merelakan cintanya pergi
walaupun cinta tersebut belum bermula. Lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang
harus melepaskan orang yang disayangi kerana pelbagai sebab walaupun kisah cinta mereka
belum bermula.
Dari segi susunan muzik, lagu ini dimulakan dengan irama pop balada yang sederhana
dengan gitar akustik sebagai elemen utama. Dari tengah hingga akhir lagu, unsur rock dengan
distorsi ditambah untuk menandakan elemen band masih ada dalam susunan lagu. Hebat!
Video muzik "Belum Mulai" juga dibuat dengan kesan yang sederhana tetapi nyaman secara
visual. Mengambil latar belakang kawasan lapang dengan pemandangan pokok-pokok yang
mengelilinginya, ia pasti menyejukkan mata.
Video muzik "Belum Mulai" dihasilkan oleh Kolmar Films dengan Ido Aruan sebagai
pengarahnya. Penggambaran dilakukan di Yogyakarta.
"Pembuatan video muzik di Yogyakarta sangat mengesankan kerana itu pertama kali kami
dapat datang ke sana dan lebih istimewa lagi kerana bersama Nabila," ujar Insomniacks.
Insomniacks dan Nabila Taqiyyah berharap lagu ini dapat dinikmati oleh banyak pengemar
muzik di Malaysia mahupun di Indonesia. Bagi mereka yang merasakan hal yang sama dari
cerita lagunya, semoga ia dapat menjadi inspirasi dalam mencari jalan terbaik.
"Mudah-mudahan peminat kami di Malaysia dan juga yang mendengar di Indonesia suka dan
gembira dengan lagu ini dan memutarnya berulang-ulang," harap Insomniacks.
"Buat kamu yang dapat mengaitkan diri dengan lagu ini, semoga ia menjadi soundtrack untuk
menghiasi kehidupan kamu. Semoga semua suka dengan lagunya," harap Nabila.Single kolaborasi Nabila Taqiyyah dengan Insomniacks sudah tersedia di semua platform
muzik digital. Video muziknya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks.
Selamat mendengar, semua
Dengarkan “Belum Mulai”

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM