LAGU TERBAHRU AZHARINA & KOZAE ‘REALITI’ BUAT PEMINAT

Setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi Azharina Azhar tampil dengan lagu ‘Realiti’. Lebih menarik, lagu ini merupakan kolaborasi pertamanya bersama Kozae (One Nation Emcees).
Lagu yang menjadi buah tangan buat peminat mereka itu telah digubah oleh komposer terkenal Luca Sickta dan Kozae sendiri, manakala lirik ditulis oleh Kozae, Luca Sickta, Trigga dan Pasha.
Menurut Azharina, lagu ini mengisahkan tentang ‘Realiti’ kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia di atas muka bumi ini. Ujarnya lagi, fasa naik turun dalam kehidupan juga merupakan perkara biasa bahkan ia akan mematangkan seseorang tatkala berdepan ujian dan cabaran hidup.

“Sepanjang 23 tahun berada dalam industri seni, sudah tiba masanya saya menghadiahkan sesuatu yang ‘fresh’ dan istimewa buat peminat. Bagi saya, lagu ‘Realiti’ ini mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding lagu-lagu saya sebelum ini.”
“Ramai yang tak tahu saya minat Hip Hop. Pada masa yang sama, saya sejenis yang suka cabar diri untuk keluar dari zon selesa. Apabila Kozae bagi saya dengar lagu ini, saya

 terus kata, nak! Saya dah dengar lebih daripada 100 lagu dan lagu ini ada ‘beat’ yang kena dengan diri saya.”

“Lapan tahun saya cari lagu yang sesuai, akhirnya saya dah jumpa apa yang saya mahukan. Memang tak dinafikan, susah nak dapat lagu yang boleh pergi jauh. Jadi, saya dan Kozae berharap lagu ini boleh tercalon di Muzik-Muzik dan sampai ke Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan datang.”
Menurut Kozae pula, kolaborasi yang terjalin di antara mereka merupakan momen paling indah kerana bukan semua penyanyi berpeluang merakam lagu bersama Azharina. Tambah Kozae, Azharina seorang artis yang mudah untuk berkomunikasi dan menerima segala idea yang diusulkan sepanjang penghasilan lagu ‘Realiti’.
“Pada mulanya lagu ini saya buat dan cadang untuk diberikan kepada kumpulan One Nation Emcees. Selepas berfikir semula, saya rasa tak okey. Jadi, saya ‘hold’ lagu ini dan cari penyanyi yang sesuai untuk berkolaborasi. Tiga tahun selepas itu, saya bagi Azharina dengar. Seingat saya dia berada di Australia pada waktu itu untuk mengadakan konsert solonya di sana. Kami hanya berhubung menerusi panggilan video untuk berbincang sepanjang projek ini berjalan.”

“Saya tak sangka dia suka lagu ini dan setuju untuk bekerjasama. Jadi, sebelum rekod kami susun semula lagu ini dari segi bunyi, lirik dan konsep. Pertama kali rekod terus dah dapat ‘vibes’. Jutaan terima kasih buat Azharina kerana sudi menjayakan projek ini. Bagi saya kolaborasi pertama ini berhasil dan semuanya berjalan sangat lancar dari awal sehingga proses pembikinan muzik video (MV) di Sabah selesai.”

Sekadar info, lagu ‘Realiti’ boleh didengar di semua platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE