QALAM NORANIZA IDRIS.


Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka, MCorp Corporate Services Sdn Bhd (Anak Syarikat Perbadanan Melaka) dan NIPV Management Sdn Bhd akan menganjurkan Konsert di dalam pertandingan bertajuk QALAM NORANIZA IDRIS.
 
QALAM NORANIZA IDRIS dianjuran bersempena ulangtahun ke 30 Irama Malaysia Tiga Dekad (IM3D) adalah sebuah konsert di dalam pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan menghimpunkan seramai lebih 400 orang peserta di atas pentas dari seluruh Malaysia terbahagi kepada tiga kategori iaitu 7–12 tahun (Sekolah Rendah), 13-17 tahun dan (Sekolah Menengah) dan 13 tahun ke atas (Terbuka). Acara ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 27,28 dan 29 September 2024, Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8:30 malam sehingga 11:30 Malam.
 
Terdapat 8 segmen etnik pilihan dari 12 segmen keseluruhan yang akan dipertandingkan berdurasi 6 minit menggabungkan dua elemen iaitu Melayu sebagai keutamaan dan etnik pilihan menjadi sebuah ‘lagu rangkaian’ yang berjodol “Kreatif Andani”. Yang mana di peringkat kebangsaan diringi oleh Noraniza Idris sebagai Penyanyi Utama dalam konsert tersebut.
 
Acara pada 27 September 2024 (Jumaat) merupakan acara yang mana Jemputan VVIP dari JKKN yang terlibat sebagai acara previu yang melibatkan penonton yang membeli tiket.
Acara pada 28 September 2024 (Sabtu) merupakan pelancaran Qalam Noraniza Idirs yang akan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka dan jemputan khas Timbalan Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia sebagai tetamu VVIP dan pengunjung yang terlibat yang membeli tiket sebagai penonton program ini.
Acara pada 29 September 2024 (Ahad) merupakan hari kemuncak yang mana program akan dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali bin Mohd. Rustam. Pengunjung yang membeli tiket dan hadir pada hari tersebut akan mendapat keistimewaan dari VVIP yang hadir.
 
Jualan tiket turut dibuka khas untuk 271 kerusi terawal sahaja setiap hari dengan kerjasama iLLaso Tickets Sdn Bhd. Ini bermakna sebanyak 813 unit tiket bakal dijual sepenuhnya.
 
SENARAI HARGA 
 
🌹RM249.00 | Pakej Seri Balas | 54 tiket
- meet & greet
- ⁠supper (vvip & artis)
- ⁠Sesi bergambar
- ⁠poster potret frame signature
- ⁠hamper penaja snek rasmi
 
🌹RM199.00 | Pakej Masyhur | 97 tiket
- meet & greet
- ⁠poster potret frame signature
- ⁠Sesi bergambar
- ⁠hamper penaja snek rasmi
 
🌹RM149.00 | Pakej Ala Dondang | 54 tiket
- ⁠ poster potret frame signature
- ⁠Sesi bergambar (Photobooth)
- ⁠goodies bag penaja snek
 
🌹RM99.00 | Pakej Sawo Matang | 66 tiket
- ⁠ poscard potret
- ⁠Sesi bergambar (Photobooth)
- ⁠goodies bag penaja snek rasmi
 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE