Yonnyboii serlah sisi rock jiwang dalam Nadi

 Seringkali tampil dengan lagu yang membawa mesej berat,
penyanyi Yonnyboii tampil lagi dengan karya cukup mendalam berjudul Nadi. Istimewanya, dia
turut bergandingan dengan pemain gitar tersohor Jobranko untuk projek ini.

Yonnyboii mengakui lagu ini cukup istimewa kerana terilham dari perasaan peribadi. Dicipta
bersama komposer Amy Bong, dia percaya ia mampu sentuh hati ramai.

Bagi Yonnyboii, dapat menyalurkan pengalaman peribadi dalam Nadi juga memberikannya
satu kelegaan. Ini kerana, dia pasti ramai orang lain di luar sana turut pernah merasai perasaan
sama. “Saya mahu Nadi ini dirasa secara peribadi dalam hati pendengar. Kerana lagu ini saya
tulis mengenai bagaimana saya berdepan keresahan dan ketakutan apabila berjumpa dengan
orang baharu. “Saya bimbang dan segan mahu meminta pertolongan daripada sesiapa. Saya
mahu mereka yang berdepan situasi serupa dapat bangkitkan kekuatan dalam diri untuk
menanganinya,” katanya.

Yonnyboii berkata mesej utama dalam lagu itu tidak lain untuk menyuntik semangat hidup
kepada pendengar. Katanya, sesiapa juga pasti inginkan kebebasan daripada suatu perasaan
yang gelap. “Ia menggambarkan bagaimana saya dihantui sebuah perasaan tertentu dan mahu
bebaskan diri daripadanya. Kesimpulannya, saya cuba mengejar kebebasan,” katanya.

Paling mengujakan Yonnyboii juga semestinya peluang bergandingan dengan Jobranko. Siapa
tidak kenal dengan legenda dari kumpulan Wings itu? Baginya ia adalah satu penghormatan
besar buatnya dapat sentuhan orang lama. “Jobranko jugalah sebenarnya menjadi kekuatan
terpenting dalam Nadi. Mainan gitarnya menghidupkan lagi lagu ini dan membawanya ke tahap tersendiri. 

Saya bangga apabila gabungan ini tercipta daripada dua generasi berbeza,” katanya.
Jobranko juga memberi pendapatnya bagi kolaborasi ini. “Sebenarnya kolaborasi ini memang
sesuatu yang tidak dijangkakan. Secara jujurnya, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk
beraksi dalam lagu Nadi dengan Yonnyboii. Saya sangat menghargai kerana artis muda and
masih meningkat masih lagi mengenali Jobranko untuk membuat satu kolaborasi bersama-
sama”.

“Saya mahu berterima kasih kepada producer Amy Bong, semua warga Universal Music
Malaysia termasuk team Yonnyboii untuk kolaborasi ini” kata Jobranko, bekas anggota
kumpulan WING Sudah melancarkan muzik video (MV) baru-baru ini, Yonnyboii sangat gembira dengan hasil

sentuhan pengarah kreatifnya, Andrew Lim. Hakikatnya, MV itu disifatkannya cukup
memuaskan.
Menurutnya, dia cuma memberikan panduan kepada Andrew bagaimana konsep diinginkan
dalam kepala secara asas saja. Kepercayaan itu jelas digalas begitu cemerlang oleh pengarah
terbabit.

“MV pun dilunaskan dengan begitu baik oleh Andrew dan sejujurnya saya serahkan
kepercayaan itu kepadanya. Dia berjaya beri hasil yang sangat baik untuk menggambarkan isi
hati saya. “Hakikatnya, Andrew yang mencipta keseluruhan jalan ceritanya. Misalnya adegan
saya melarikan diri dari kontena, kenapa saya berbuat demikian, dan sebagainya. “Disebabkan
lagu ini adalah sebuah karya bergenre rock jiwang, cuma beritahu mereka konsep diinginkan
iaitu sesuatu yang ‘grunge’ dan rock,” katanya.
Yonnyboii turut berharap Nadi mampu mengulang kejayaan lagu-lagu terdahulunya. Dia
inginkan mesej dalam lagu ini akan berjaya membekas di hati sesiapa juga. “Saya memang
meletakkan harapan yang cukup besar terhadap Nadi. Semoga lagu ini akan digemari ramai
dan mesej yang cuba saya sampaikan dapat menusuk hati ramai pendengar,” katanya.
Nadi boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube
Music pada 21st Jun 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran
YouTube rasmi Yonnyboii pada 21st Jun 2024.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE