Posts

Showing posts from August, 2024

USANITA SDN BHD BAWA KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK SEMPENASAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-67

Image
Usanita Sdn Bhd dengan penuh semangat menganjurkan Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur hari ini, dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau, bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak, untuk menyatukan semua dalam satu program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka.Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, , Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara KualabLumpur Sdn Bhd bersama CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Encik Nazli bin Saad. Usanita Fest dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti terkenal seperti Awal Ashaa

Andi Bernadee Sertai Keluarga Universal Music Malaysia Secara Rasmi

Image
Sejak memasuki dunia muzik tempatan, bintang dari Sabah, Andi Bernadee, telah berjaya meninggalkan kesan dan mencipta impaknya yang tersendiri. Menjadi pelopor dalam genre muzik ‘Reggaeton’ tempatan, Andi telah menghasilkan beberapa hit dalam genre ini, sehingga namanya menjadi terkenal di Malaysia. Kini, bintang ini dengan bangganya mengumumkan bahawa dirinya baru sahaja menandatangani kontrak secara rasmi dengan label muzik terkenal dunia, Universal Music Malaysia, dalam usaha untuk meluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya. Seperti semua penghibur yang bercita-cita tinggi, Andi mempunyai impian sendiri setelah menyertai label antarabangsa yang lebih besar. “Sebagai seorang artis, saya semestinya ingin berkembang dan sebagai penyanyi, saya merancang untuk menghasilkan album serta beberapa pertunjukan khas yang akan menyusul,” kata Andi tentang langkah seterusnya setelah menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia. Apabila ditanya tentang harapannya untuk waktu y

Lagu Masing Masing terima Anugerah Platinum, Ernie Zakri kekal di kelas tersendiri

Image
 Industri muzik tempatan terus menyaksikan kejayaan luar biasa apabila lagu popular Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri dianugerahkan 1X Platinum Award atau Anugerah Platinum.Anugerah ini mengiktiraf kejayaan besar lagu hasil ciptaan Ade Govinda itu dalam meraih jualan dan penstriman yang tinggi, serta sambutan hangat daripada peminat muzik dalam dan luar negara. Anugerah ini juga diberikan kepada Ernie Zakri sebagai pengiktirafan Pencapaian Jualan Digital Seluruh Dunia.Sejak dilancarkan, lagu Masing Masing menjadi antara lagu paling popular dalam carta muzik tempatan. Tambahan lagi, lagu Masing Masing juga kini berada 17 weeks nombor 1 di Carta RIM. Menerusi lirik yang mendalam dan melodi yang penuh emosi, lagu ini menyampaikan mesej mengenai kejujuran dalam hubungan dan penerimaan diri, sekali gus diterima baik oleh pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat. Ernie Zakri, seorang penyanyi yang terkenal dengan vokalnya yang mantap, berjaya membawakan lagu

Nabila Razali teruja galas tanggungjawab Duta Salam Taiwan 2024

Image
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.Bersyukur dengan penghormatan dan kepercayaan yang diberikan, Nabila atau mesra disapa Bella, 31, berkata dia kini menggalas satu lagi tanggungjawab besar bagi memastikan amanah itu dilunaskan dengan sebaik mungkin. Akui Nabila, Taiwan sememangnya antara destinasi yang berada dalam senarai lokasi pelancongan ingin dikunjunginya dan tawaran diterimanya itu umpama pucuk dicita ulam mendatang kerana sudah lama menyimpan impian untuk ke pulau tersebut. “Pelantikan sebagai Duta Salam Taiwan 2024 banyak membuka mata Bella mengenai komitmen jitu Taiwan sebagai destinasi pelancongan yang mesra Muslim.“Banyak perkara baharu yang Bella terokai sepanjang berada di sana. Lebih istimewa, Taiwan sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pilihan percutian seisi keluarga kerana ia menawarkan pelbag

KONSERT A NIGHT TO REMEMBER KEMBALI DENGAN TEMA ROCK NOSTALGIA: MENAMPILKAN ELLA, KUGIRAN MASDO, DAN EXISTS

Image
Konsert “A Night to Remember” bakal kembali untuk edisi kedua pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Konsert ini akan membawa peminat mengimbau kembali ke era kegemilangan rock tanah air.   Menampilkan ratu rock legenda Malaysia Ella, Kugiran Masdo, dan Exists, konsert ini menjanjikan malam yang penuh nostalgia dengan persembahan yang mengagumkan.   Pada konsert "A Night to Remember", peminat berpeluang menyanyi dan menari bersama lagu-lagu rock kegemaran mereka, dan mengimbau kembali kenangan indah zaman dahulu. Lebih istimewa, peminat boleh berpakaian seperti artis kegemaran mereka dan menyertai pertandingan di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah menarik.   David Emir Bareng, Ketua Eksekutif Co:Action Events Sdn Bhd, selaku penganjur konsert ini berkongsi, “A Night to Remember telah menjadi acara yang dinanti-nantikan di mana konsert ini menampilkan barisan artis hebat tanah air kepada para peminat di Johor, Singapura, dan Kepu

Kenali Hakim Hay menerusi Hello Cinta, mahu ke pentas AJL

Image
Industri muzik tanah air terus diwarnai oleh bintang baharu Hakim Hay. Dengan suara yang memukau dan kehadiran yang karismatik, Hakim Hay pantas menjadi perhatian dalam kalangan peminat muzik tempatan. Bintang berusia 19 tahun ini membuat kemunculan sulungnya dengan mempertaruhkan single sulung berjudul Hello Cinta. Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hanis Rafi, Omar K dan Iqie Hugh. Hakim Hay tampil dengan gaya muzik yang segar, memadukan elemen pop, balada, dan sentuhan indie yang memikat. Dengan vokal yang penuh emosi dan keupayaan menyampaikan lirik yang dekat dengan kehidupan seharian, Hakim Hay mampu menarik perhatian ramai dengan lagu yang memukau jiwa. Hakim berkata, genre itu dianggap sesuai dengan pasaran muzik semasa selain ia cukup dekat golongan remaja. “Genre muzik ini terbukti menerima sambutan yang hangat daripada golongan muda kerana ia mampu menyampaikan mesej yang dapat dirasai oleh golongan ini. Selain itu, populariti genre ini turut berkemban

PUNGUT‘ Liku-Liku Kehidupan Kisah Pekerja Cari Rezeki Dalam Longgokan Sampah’

Image
Tidak dinafikan naskhah yang bergenre aksi antara filem-filem yang diminati serta sering mendapat tempat dalam kalangan penonton. Sehubungan itu, ia telah menarik minat buat syarikat produksi Studio Screen untuk menerbitkan sebuah filem aksi yang diberi tajuk PUNGUT. Menariknya, filem berkenaan juga telah diarahkan oleh pengarah yang cukup terkenal dengan filem-filem aksi seperti Geran dan Walid iaitu Areel Abu Bakar. Penerbitnya, Datuk Saifulhaq Anani berkata, Pungut adalah sebuah naskhah yang memaparkan hakikat yang berlaku dalam masyarakat sekarang. “Ia mencerminkan tentang kuasa, kedudukan serta kepayahan masyarakat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang terlalu sukar demi mencari sesuap nasi. “Jadi, naratif ini diolah dengan situasi yang berlaku sekarang ini dengan dijadikan sebuah kisah memaparkan kehidupan pekerja mencari rezeki sebagai pemungut sampah,” ujarnya. Saifulhaq berkata, pemilihan Areel selaku pengarah setelah pihaknya melihat dua filem arahannya sebel

ALVN Perkenalkan Diri Dengan 'between the lines' Bermula Dengan 'rescue me'

Image
  Penyanyi dan pelakon tersohor kelahiran Malaysia, ALVN, bakal merealisasikan salah satu impiannya yang terbesar apabila beliau melancarkan album studio penuh bertajuk 'between the lines'. Pengenalan ini dimulakan dengan sebuah lagu berjudul 'rescue me' yang digubah Hyuk Shin dan Seann Bowe bersama lirik nukilan Bowe dan ALVN sendiri. Lagu ini, yang disusun oleh CUURLEY dan juga diterbitkan oleh Hyuk Shin, menceritakan tentang sesatu yang sangat peribadi dan dekat dengan hati ALVN. "Lagu ini berkisar tentang kesedaran bahawa cinta bukan untuk anda, terutamanya ketika melihat orang lain seperti rakan-rakan rapat anda jatuh cinta, berkahwin, dan mempunyai anak. Ini kerana setiap kali anda cuba untuk menjalinkan hubungan, ia seakan-akan tidak bertahan lama. Secara peribadi, tiada satu pun hubungan istimewa saya yang lalu, yang bertahan lebih dari setahun. la biasanya bertahan sama ada tiga, empat atau enam bulan sahaja. Jadi, selepas beberapa pertemuan, s

Hellooo! Lagu Terbahru Dari Dafi

Image
Bulan Ogos ini akan menjadi sebuah pemulaan yang sangat dinantikan Dafi selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’. Mempertaruhkan single terbaru berjudul Hellooo!, Dafi atau pemilik nama penuh Gadaffi Ismail Sabri ini memilih frasa sapaan sebagai mukadimah untuk menyapa satu sama lain. Hellooo! mempunyai signifikasi terhadap karya garapan komposer Shazee Ishak dan lirik pula, Altimet apatah lagi lagu ini sudah beberapa tahun dalam simpanan. “Sudah lama sebenarnya saya tidak tampil dengan single baru, sehinggakan ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan. “Memandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masa  terbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak. “Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan i

HANNAH DELISHA WAJAH PELARIS, DILANTIK DUTA PRODUK CONBOO

Image
Hannah Delisha, artis serba boleh yang berjaya memukau hati peminat dengan bakat luar biasa dalam dunia hiburan, terus mengukir nama sebagai antara artis paling bersinar di Malaysia. Dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi dan pelakon, tetapi juga sebagai duta produk, ikon fesyen dan personaliti media sosial, Hannah Delisha berjaya menempatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan penuh gemilang. Dalam bidang nyanyian, Hannah Delisha mula mencuri perhatian ramai dengan lagu- lagu hitnya yang memaparkan vokal yang mantap dan melodi yang menarik. Kejayaan dalam dunia muziknya membuka jalan untuk kerjaya dalam bidang lakonan, di mana beliau membintangi pelbagai drama dan filem yang mendapat sambutan hangat. Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta. Pengaruh beliau dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada

YOVIE WIDIANTO BERSAMA LYODRA BERTEPUK SEBELAH TANGAN KERANA"TERLALU CINTA"

Image
  Maestro lagu-lagu romantis tanah air, Yovie Widianto, kembali membuat inovasi baru dengan merilis semula lagu "Terlalu Cinta" dengan menggandingkan salah satu bakat terbaik masa kini, Lyodra. Buat pengetahuan, lagu "Terlalu Cinta" adalah ciptaan Yovie Widianto yang pernah dirilis pada tahun 2006 dan sempat menjadi hit ketika dinyanyikan oleh Dato Sri Rossa. Kali ini, Yovie Widianto memilih Lyodra untuk menyanyikan semula. Lagu ini dirilis di bawah label rakaman Universal Music Indonesia. "Karakter suara Lyodra sangat sesuai untuk menyanyikan lagu ini. Sejak projek ini dimulakan, nama Lyodra sudah terlintas dalam fikiran, dan hasilnya sangat memuaskan," kata Yovie mengenai projek tersebut. "Saat diajak untuk menyanyikan lagu ini, saya terus menerimanya. Walaupun ini adalah tugas berat kerana lagu ini sangat hebat ketika dinyanyikan oleh kak Rossa. Tambahan pula, ini adalah lagu hit, jadi awalnya memang ada tekanan, tetapi setelah menyanyi

TikTok Malaysia Merealisasikan ImpianContent Creator Malaysia!

Image
TikTok Awards Malaysia 2024 untuk tahun kedua telah dianjurkan dengan meriah, meraikan bintang-bintang baru pencipta konten dalam komuniti TikTok sekaligus mewarnai dunia kreatif Malaysia. Malam anugerah gilang gemilang tahun ini yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur bergema dengan sorakan meraikan para pemenang dan persembahan artis jemputan. Di bawah sorotan lampu gemerlapan, malam ini menjadi saksi perhimpunan para bintang pencipta konten terkemuka Malaysia, selebriti dan juga peminat untuk merasai kemuncak malam yang cukup memukau. Bertemakan “Realisasikan Impianmu”, TikTok Awards tahun ini mengetengahkan dan mengiktiraf kepelbagaian budaya di Malaysia, dengan kandungan yang memberi inspirasi serta relevan bukan sahaja di kalangan komuniti tempatan malah ke tahap global. Malam tadi, Dewan Merdeka berubah menjadi gamat dan sorak sorai apabila munculnya susuk ikonik Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick yang bergabu

40’ masih muda, Sharifah Zarina

Image
Nama penyanyi Sharifah Zarina sudah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Mana mungkin boleh lupa dengan lagu Langit Ketujuh yang berjaya menaikkan namanya sehingga hari ini. Malah, sepanjang 20 tahun menjadi anak seni, selain menyanyi, Sharifah Zarina juga mencuba nasib sebagai pelakon selain pernah menyertai beberapa pertandingan program realiti. Kali terakhir Sharifah Zarina, 43, atau nama sebenar Sharifah Zarina Wan Hassan muncul dengan lagu menerusi single Pernah Bahagia pada 2019. Terbaharu, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini kembali memeriahkan persada seni suara dengan melancarkan lagu berjudul 40 hasil ciptaan Fahimi, Glowrush dan Eugene Lai serta lirik oleh Fahimi dan Mal Hamka. Sharifah Zarina berkata, lagu ini adalah sebuah karya yang penuh emosi dan refleksi, menggambarkan perjalanan hidup dan pengalaman yang mendalam. Menurutnya, karya ini juga sebuah lagu segar dan ceria yang meraikan babak baharu dalam kehidupan.  “40 adalah sebuah lagu yang mewa

GILIRAN RAY TINGGALKAN ERA SELEPAS 19 TAHUN BERKHIDMAT

Image
‬‭  Penyampai‬‭ ERA‬‭ Ray ‬‭tinggalkan‬‭ konti‬‭ radio‬‭ ERA‬‭ bermula‬‭ hari‬‭ ini‬‭ selepas‬19 tahun berkhidmat kepada pendengar setia.‬ ‭  Ray‬‭ merupakan‬‭ penyampai‬‭ ERA‬‭ paling‬‭ senior‬‭ meninggalkan‬‭ keluarga‬‭ besar‬‭ stesen‬‭ radio‬‭ nombor‬‭ 1‬‭ di‬ Malaysia‬ Antara‬‭ segmen‬‭ yang‬‭ pernah‬‭ dikendalikan‬‭ Ray‬‭ adalah‬‭ RIUH‬‭ PAGI‬‭ ERA,‬‭ JOHARA‬‭ PAGI‬‭ ERA‬‭ dan‬‭ PETANG‬‭ ERA.‬ ‭  Pengurus‬‭ Saluran‬‭ ERA‬‭ Azah‬‭ Sahrin‬‭ berkata‬‭ permulaan‬‭ kerjaya‬‭ Ray‬‭ di‬‭ Astro‬‭ Radio‬‭ adalah‬‭ sebagai‬‭ Skuad‬‭ ERA dan beralih kepada penyampai radio amat bermakna buat dirinya.‬ ‭ “Ray‬‭ seorang‬‭ yang‬‭ sangat‬‭ bersahaja,‬‭ penuh‬‭ humor‬‭ dan‬‭tidak‬‭ lokek‬‭ ilmu‬‭ dikongsikan‬‭ terutama‬‭ sekali‬ ‭ kepada penyampai radio yang baharu.‬ ‭ “Sering‬‭ juga‬‭ menjadi‬‭ rujukan‬‭ rakan-rakan‬‭ penyampai‬‭ lain‬‭ agar‬‭ kandungan‬‭ segmen‬‭ radio‬‭ di‬‭ ERA‬‭ sentiasa‬‭ dikemas kini sering dengan kehendak pendengar elain‬‭ itu,‬‭ Ray‬‭ juga‬‭ memiliki‬‭ sikap‬‭

Komen Juri Sangat Posetif Bagi Saya - Ammeraiz Azhar

Image
Perseta   Gimme The Mic Malaysia.  Ameeraiz Azhar rasa amat bersyukur, Kerana dapat melangkah ke minggu seterus nya.  Menurut Ammeraiz, Pada konsert minggu ke tiga ini. Saya merasakan amat sukar untuk membawakan lagu yang bertajuk Arjuna yang di populerkan oleh Kumpulan Dewa 19. Kerana lagu ini mempunyayi cara nyayian yang tersendiri. Namun saya amat bersyukur kerana mendapat komen yang posetif dari pihak Juri.  'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Tiada Penyingkiran Di Konsert Minggu Ke Tiga. Gimme The Mic Malaysia

Image
Konsert Minggu ketiga  Gimme The Mic Malaysia, Menyaksikan tiada penyingkiran. 14 peserta bakal bersaing pada minggu keempat dengan tema 360. 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka