Andi Bernadee Sertai Keluarga Universal Music Malaysia Secara Rasmi
Sejak memasuki dunia muzik tempatan, bintang dari Sabah, Andi Bernadee, telah berjaya
meninggalkan kesan dan mencipta impaknya yang tersendiri. Menjadi pelopor dalam genre muzik
‘Reggaeton’ tempatan, Andi telah menghasilkan beberapa hit dalam genre ini, sehingga namanya
menjadi terkenal di Malaysia.
Kini, bintang ini dengan bangganya mengumumkan bahawa dirinya baru sahaja menandatangani
kontrak secara rasmi dengan label muzik terkenal dunia, Universal Music Malaysia, dalam usaha
untuk meluaskan jangkauan muzik dan kerjayanya.
Seperti semua penghibur yang bercita-cita tinggi, Andi mempunyai impian sendiri setelah
menyertai label antarabangsa yang lebih besar.
“Sebagai seorang artis, saya semestinya ingin berkembang dan sebagai penyanyi, saya
merancang untuk menghasilkan album serta beberapa pertunjukan khas yang akan menyusul,”
kata Andi tentang langkah seterusnya setelah menandatangani kontrak dengan Universal Music
Malaysia.
Apabila ditanya tentang harapannya untuk waktu yang akan datang, Andi tidak segan untuk
menyatakan niatnya dalam bidang muzik.
“Saya harap saya akan tetap kekal dalam zon saya, dan lebih banyak lagu reggaeton akan
dihasilkan sesuai dengan gaya muzik dan genre saya,” kata Andi.
Andi yang juga seorang pelakon berbakat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga
Universal Music Malaysia dan akan mengumumkan lebih banyak berita menarik dalam masa
terdekat.
Comments
Post a Comment