GILIRAN RAY TINGGALKAN ERA SELEPAS 19 TAHUN BERKHIDMAT
Penyampai ERA Ray tinggalkan konti radio ERA bermula hari ini selepas19 tahun berkhidmat kepada pendengar setia.
Ray merupakan penyampai ERA paling senior meninggalkan keluarga besar stesen radio nombor 1 di Malaysia Antara segmen yang pernah dikendalikan Ray adalah RIUH PAGI ERA, JOHARA PAGI ERA dan PETANG ERA.
Pengurus Saluran ERA Azah Sahrin berkata permulaan kerjaya Ray di Astro Radio adalah sebagai Skuad ERA dan beralih kepada penyampai radio amat bermakna buat dirinya.
“Ray seorang yang sangat bersahaja, penuh humor dantidak lokek ilmu dikongsikan terutama sekali
kepada penyampai radio yang baharu.
“Sering juga menjadi rujukan rakan-rakan penyampai lain agar kandungan segmen radio di ERA sentiasa dikemas kini sering dengan kehendak pendengar elain itu, Ray juga memiliki sikap pemurah kerana sering belanja makan kepada rakan sekerja dan membantu jika berlaku kesusahan.
“Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya, terima kasihtidak terhingga kepada Ray kerana jasanya itu amat besar untuk dibalas.
Comments
Post a Comment