Lagu Masing Masing terima Anugerah Platinum, Ernie Zakri kekal di kelas tersendiri

 Industri muzik tempatan terus menyaksikan kejayaan luar biasa apabila lagu popular Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri
dianugerahkan 1X Platinum Award atau Anugerah Platinum.Anugerah ini mengiktiraf kejayaan besar lagu hasil ciptaan Ade Govinda itu dalam meraih
jualan dan penstriman yang tinggi, serta sambutan hangat daripada peminat muzik dalam dan
luar negara.

Anugerah ini juga diberikan kepada Ernie Zakri sebagai pengiktirafan Pencapaian Jualan Digital
Seluruh Dunia.Sejak dilancarkan, lagu Masing Masing menjadi antara lagu paling popular dalam carta muzik tempatan. Tambahan lagi, lagu Masing Masing juga kini berada 17 weeks nombor 1 di Carta RIM. Menerusi lirik yang mendalam dan melodi yang penuh emosi, lagu ini menyampaikan
mesej mengenai kejujuran dalam hubungan dan penerimaan diri, sekali gus diterima baik oleh
pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat.
Ernie Zakri, seorang penyanyi yang terkenal dengan vokalnya yang mantap, berjaya
membawakan lagu ini dengan penuh penghayatan. Kombinasi antara lirik yang menyentuh
hati dan kehebatan vokal Ernie menjadikan lagu Masing Masing sebuah karya yang diingati.
Penganugerahan ini adalah satu pencapaian penting dalam kerjaya Ernie Zakri, menunjukkan
penerimaan yang luar biasa daripada peminat muzik. Apatah lagi, lagu Masing Masing sudah
mencapai tahap penstriman dan jualan yang tinggi di pelbagai platform digital.

“Alhamdulillah, sudah semestinya saya sangat gembira sebab lagu ini mencipta kejayaan yang
sangat besar dalam karier saya. Lagu ini juga mendapat sambutan yang sangat besar sekali di
Malaysia. Ia memberikan satu impak yang sangat positif dan juga memberikan satu memori
yang banyak dengan lagu Masing Masing.
“Lagu ini tidak hanya telah berjaya menjana perhatian yang meluas daripada peminat muzik,
tetapi juga berjaya menarik minat ramai melalui platform digital. Prestasi lagu ini mencapai
tahap penstriman dan jualan yang tinggi membuktikan kualiti serta daya tarikan yang dimiliki oleh karya ini.

“Bagi saya, lagu Masing Masing juga menonjolkan dimensi emosi yang mendalam, yang
berjaya mengetuk jiwa dan perasaan peminat muzik,” katanya.Kesungguhan Ernie dalam membawa muziknya ke peringkat global semakin terbukti melalui pencapaian luar biasanya ini, yang mencerminkan komitmen serta dedikasi tinggi beliauTerhadap industri muzik negara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE