TikTok Malaysia Merealisasikan ImpianContent Creator Malaysia!

TikTok Awards Malaysia 2024 untuk tahun kedua telah dianjurkan dengan meriah, meraikan bintang-bintang baru pencipta konten dalam komuniti TikTok sekaligus mewarnai dunia kreatif Malaysia.
Malam anugerah gilang gemilang tahun ini yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur bergema dengan sorakan meraikan para pemenang dan persembahan artis jemputan. Di bawah sorotan lampu gemerlapan, malam ini menjadi saksi perhimpunan para bintang pencipta konten terkemuka Malaysia, selebriti dan juga peminat untuk merasai kemuncak malam yang cukup memukau. Bertemakan “Realisasikan Impianmu”, TikTok Awards tahun ini mengetengahkan dan mengiktiraf kepelbagaian budaya di Malaysia, dengan kandungan yang memberi inspirasi serta relevan bukan sahaja di kalangan komuniti tempatan malah ke tahap global.

Malam tadi, Dewan Merdeka berubah menjadi gamat dan sorak sorai apabila munculnya susuk ikonik Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick yang bergabung mengendalikan malam anugerah penuh glamor di pentas utama. Perhatian penonton turut terpukau dengan kemunculan selebriti dan pencipta konten popular di Malaysia yang turut menghangatkan pentas seperti Khairul Aming, Sofyank, Shaheizy Sam, Bella Astillah, Sophia Albarakbah, Erra Fazira, Tan Kian Meng, Imran Aqil, Aina Abdul dan Faizal Tahir. Turut menyinarkan malam acara adalah hos karpet merah, Ceddy Ang dan Ain Edruce yang juga pencipta konten TikTok, telah berjaya mencipta suasana bak pentas peragaan sambil menyambut kehadiran tetamu bergaya dengan versi impian ‘WOW’ mereka tersendiri. Manakala pelakon Daniel Fong dan content creator Eima Safuan berjaya mengendalikan momen istimewa di belakang pentas.

Pemenang Terbesar Malam Anugerah
TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan dua segmen utama: Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice Awards), di mana peminat telah mengundi pencipta konten kegemaran mereka dalam setiap kategori; dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick Awards) di mana para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, Pemenang Creator Of The Year TikTok Awards Malaysia 2023, Khairul Aming, dan Angga Anugrah Putra, Pengurus Besar Operasi TikTok, Asia Tenggara.

  
Selain itu, TikTok Malaysia mengumumkan pemenang kategori khas untuk kategori anugerah baharu, Changemaker of The Year iaitu @lokohopunohgroup dan @braderwheelchair, sebagai pengiktirafan kepada dua pencipta konten yang telah memberi impak besar kepada komuniti melalui platform TikTok mereka. @lokohopunohgroup diiktiraf kerana menginspirasikan golongan muda untuk menjaga pengurusan sisa di Terengganu dan menggalakkan menjaga alam sekitar manakala @braderwheelchair pula memperkasakan dan memperjuangkan hak golongan orang kelainan upaya (OKU). Anugerah ini menunjukkan komitmen TikTok untuk menyokong pencipta konten yang membawa perubahan di Malaysia.
Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori di TikTok Awards Malaysia 2024:
Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice Awards):

● Creator of the Year: @chesayang_kitchen
● Video of the Year: @agy.official
● Celebrity of the Year: @bellaastillah_94
● TikTok LIVE Creator of the Year: @acaps19
● TikTok Shop Creator of the Year: @yang
Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick Awards):
● Entertainment Creator of the Year: @kanafly
● Animation Creator of the Year: @yimotapir
● Gaming Creator of the Year: @kingshahx
● Education Creator of the Year: @aminxabid
● Food Creator of the Year: @tang_guo12
● Sports Creator of the Year: @amaranas_
● Beauty & Fashion Creator of the Year: @aishahrahim07

“Terima kasih, TikTok. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terutama mereka yang telah mengundi untuk saya. Sebenarnya, saya rasa impian ini mustahil untuk dicapai, tetapi saya berkata kepada team saya, 'Kita kena kerja dua kali lebih keras untuk mencapainya,' dan hari ini, ia telah direalisasikan. Terima kasih kepada keluarga saya dan semua yang telah menyokong saya. Ada satu perkara lagi yang ingin saya tambah - Jika kita boleh bermimpi, kita boleh bekerja keras untuk mencapai impian tersebut.” kata @chesayang_kitchen, pemenang Creator of the Year untuk TikTok Awards Malaysia 2024.
Pentas utama turut dihangatkan dengan persembahan memukau oleh Zubir Khan, Ezra Kairo, Sarah Suhairi, Alfie Zumi, Amir Jahari, Aisha Retno, Aina Abdul, Naim Daniel, MUAH, Faizal Tahir, Wani Kayrie, dan Afieq Shazwan. Majlis anugerah malam tadi telah disemarakkan lagi dengan persembahan lagu-lagu hits yang sedang ‘trending’ di platform TikTok, sekaligus menjadikan suasana malam kenangan yang tidak dapat dilupakan. Gabungan muzik tradisional, balada dan lagu popular pelbagai bahasa ini
                 
 
telah menciptakan suasana yang benar-benar meriah, menggambarkan kepelbagaian bakat Malaysia yang diraikan.
“Ia merupakan satu keistimewaan untuk menyaksikan pertumbuhan komuniti kreatif di Malaysia. Sepanjang tahun lalu, kami telah melihat ramai pencipta baharu menghiburkan, serta memberi inspirasi, mendidik dan memperkasakan komuniti mereka. TikTok Awards Malaysia 2024 adalah bukti bakat dan kreativiti luar biasa yang berkembang pesat di platform kami. Malam ini, walaupun kami meraikan pencapaian segolongan pencipta kandungan, kami juga ingin mengiktiraf pencipta lain yang sentiasa mencari suara dan tempat mereka di TikTok, serta memberi impak positif dan bermakna kepada komuniti di Malaysia. Saya teruja untuk melihat impian-impian berinspirasi baharu yang akan dihidupkan oleh pencipta pada masa hadapan," kata Yin Yin Hooi, Ketua Program & Wawasan Pemasaran SEA, TikTok.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!