USANITA SDN BHD BAWA KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK SEMPENASAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-67

Usanita Sdn Bhd dengan penuh semangat menganjurkan
Usanita Fest Kita Merdeka Madani, Jiwa Merdeka di Menara Kuala Lumpur hari ini, dari jam 3.00
petang hingga 6.00 petang. Acara ini menggabungkan elemen masa depan dan masa lampau,

bertemakan neon dan nostalgia zaman kanak-kanak, untuk menyatukan semua dalam satu
program yang penuh warna-warni dan berjiwa merdeka.Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9, Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, , Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Hamid Shaikh, Pengarah Urusan, Menara KualabLumpur Sdn Bhd bersama CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd Encik Nazli bin Saad.
Usanita Fest dimeriahkan lagi dengan barisan selebriti terkenal seperti Awal Ashaari, Ella, Fiza
Sabjahan, Amir Masdi, Uyaina, Zoey Rahman, Marsila Hasan, dan Syairul Islam. Mereka turut
sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penampilan dan persembahan yang
menghiburkan.
Menariknya, acara ini mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti seperti
permainan tradisional congkak, batu seremban, dan ting ting, selain daripada demo seni kraf
canting batik yang membangkitkan warisan tradisi kita. Suasana bertambah meriah dengan
sentuhan futuristik yang diterapkan melalui elemen neon dan gubahan muzik dari DJ yang
menggetarkan, direka khas untuk menarik minat golongan muda dan pelancong yang ingin
merasai keunikan budaya Malaysia.
Satu lagi sorotan istimewa ialah ketika semua tetamu kehormat dan hadirin bersama-sama naik
ke pentas untuk mengibarkan Jalur Gemilang, diiringi nyanyian Ella dengan lagu "Standing in The
Eyes of The World". 

Momen ini sungguh mengujakan, menghidupkan semangat patriotisme dan
kebanggaan terhadap tanah air.
Datuk Adzliana, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, dalam ucapannya berkongsi bahawa
tema Jiwa Merdeka dipilih untuk menghidupkan semula memori indah zaman kanak-kanak
sambil menyatukan semua lapisan masyarakat dalam semangat kemerdekaan. Pendekatan
‘throwback to childhood memories’ ini memberikan sentuhan nostalgia yang membawa kita
kembali ke zaman kecil, sementara elemen neon melambangkan harapan masa depan yang lebih
cerah. " kata beliau dengan penuh inspirasi.

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaian Usanita di
bawah kepimpinan Datuk Adzliana, berharap beliau akan terus bersemangat memberi
sumbangan kepada masyarakat.
Mengenai USANITA Sdn. Bhd.
USANITA Sdn. Bhd. merupakan organisasi terkemuka di Malaysia yang menyediakan
perkhidmatan kebajikan dan sosial. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi, mentor dan ahli di
seluruh negara, USANITA menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk bantuan kebajikan,
inisiatif pembinaan komuniti dan pengurusan acara. Komitmen USANITA terhadap pembangunan
modal insan membantu meningkatkan prestasi dan nilai-nilai komuniti serta mampu memberikan
impak positif epada masyarakat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE