Posts

Showing posts from September, 2024

KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT! AINA ABDUL BAKAL ADAKAN SIRI KONSERT "AINA ABDUL IMAJI TOUR"

Image
Penyanyi dan pencipta lagu prolifik, Aina Abdul bakal mengadakan siri konsert jelajah, "AINA ABDUL IMAJI TOUR", di tiga lokasi di Malaysia. Siri konsert anjuran Aina Abdul Entertainment ini akan singgah ke tiga negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur dan Sarawak. Pada 14 Disember 2024, AINA ABDUL IMAJI TOUR bakal singgah ke Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak dan pada 27 Disember 2024, Aina Abdul bakal menggegarkan Zepp KL dan lokasi akhir jelajah ini akan singgah ke Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 11 Januari 2025. Konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha Aina Abdul untuk memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya, Imaji yang telah dilancarkan Oktober tahun lalu. "Saya percaya ini merupakan masa yang tepat untuk membawa lagu-lagu dari album Imaji untuk menjelajah Malaysia dan terus mendekati p