KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT! AINA ABDUL BAKAL ADAKAN SIRI KONSERT "AINA ABDUL IMAJI TOUR"


Penyanyi dan pencipta lagu prolifik, Aina Abdul bakal mengadakan siri konsert jelajah, "AINA ABDUL IMAJI TOUR", di tiga lokasi di Malaysia.
Siri konsert anjuran Aina Abdul Entertainment ini akan singgah ke tiga negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Pada 14 Disember 2024, AINA ABDUL IMAJI TOUR bakal singgah ke Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak dan pada 27 Disember 2024, Aina Abdul bakal menggegarkan Zepp KL dan lokasi akhir jelajah ini akan singgah ke Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 11 Januari 2025.
Konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha Aina Abdul untuk memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya, Imaji yang telah dilancarkan Oktober tahun lalu.
"Saya percaya ini merupakan masa yang tepat untuk membawa lagu-lagu dari album Imaji untuk menjelajah Malaysia dan terus mendekati peminat di seluruh negara. Siri jelajah ini bukan sahaja sekadar persembahan pentas, tetapi juga usaha saya untuk meneroka dan mendekati peminat dari pelbagai golongan dan lokasi.
"Dengan memilih tiga lokasi istimewa untuk konsert jelajah, saya berharap dapat memperluaskan lagi jangkauan muzik kepada pelbagai lapisan masyarakat dan tidak hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja.
"Ini juga adalah peluang bagi saya untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat dari luar bandar dan pelbagai latar belakang, termasuklah golongan mahasiswa," katanya.
Tambah Aina Abdul lagi, konsert ini diadakan setahun selepas pelancaran album Imaji kerana pelantun lagu Sumpah ini mahu peminat benar-benar 'familiar' dengan setiap lagu dalam album tersebut.

"Jangka masa setahun sudah cukup untuk peminat menghayati lagu-lagu dalam Imaji dan kini tiba masanya untuk saya membawa pengalaman album ini ke pentas.
“Saya ingin peminat merasakan jiwa setiap lagu dalam bentuk persembahan langsung yang lebih dekat dengan mereka," ujarnya.
Selain itu, Aina Abdul turut berkongsi bahawa siri konsert jelajah ini adalah satu pencapaian penting dalam kariernya.

"Selepas setahun pelancaran album Imaji, saya teruja untuk kembali ke pentas dengan semangat baru. Setiap lokasi yang dipilih membawa makna tersendiri dan saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman muzik ini dengan peminat saya di seluruh Malaysia," katanya.
Aina Abdul juga berjanji bahawa konsert ini akan menampilkan persembahan yang penuh emosi dan inovasi, sesuai dengan identiti muzik yang dibawa olehnya.

Lagu-lagu seperti Jangan Mati Rasa Itu, Puas Sudah, Kamu, Bilang dan banyak lagi akan diberi susunan muzik berbeza dalam persembahan langsung yang pastinya akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Tiket untuk AINA ABDUL IMAJI TOUR akan mula dijual bermula 10 September 2024 pada jam 10 pagi di www.ticket2u.com.my. Ikuti akaun media sosial rasmi Aina Abdul untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jualan tiket dan butiran konsert.

"Saya ingin memastikan bahawa setiap peminat yang hadir akan membawa pulang pengalaman yang tidak dapat dilupakan," tambahnya.
Dengan persediaan rapi dan dedikasi tinggi, Aina Abdul bersedia untuk memberi persembahan terbaiknya dalam siri konsert jelajah ini.
Konsert ini diharap dapat menjadi satu lagi langkah besar dalam perjalanan kariernya sebagai seorang artis dan memberikan inspirasi kepada peminatnya.
AINA ABDUL IMAJI TOUR
Penganjur
Aina Abdul Entertainment
Pengurusan Konsert
Altus Prohouse
Tarikh, Lokasi & Laman Web Pembelian Tiket
14 Disember 2024 - Universiti Malaysia Sarawak - ⁠www.ticket2u.com.my/ainaabdul.unimas
27 Disember 2024 - Zepp Kuala Lumpur - www.ticket2u.com.my/ainaabdul.zeppkl
11 Januari 2025 - Universiti Utara Malaysia, Kedah - ⁠www.ticket2u.com.my/ainaabdul.uum
Hotel Rasmi
Imperial Lexis Kuala Lumpur
Media Digital Rasmi
Gempak
Rakan Kerjasama
Universiti Malaysia Sarawak & Universiti Utara Malaysia, Kedah
Maklumat Pembelian Tiket
Kategori Tiket untuk UNIMAS & UUM
IMAJI Zone - RM180
Cat 1 - RM150
Cat 2 - RM100
(Free seating, first come first seat)
Kategori Tiket untuk Zepp KL
Super AA Rock Zone A (Free Standing) -  RM588
Super AA Rock Zone B (Free Standing) -  RM488
IMAJI Rock Zone (Free Standing)  - RM388
Premium Zone (Numbered Seat) - RM368
Upper Zone (Numbered Seat) - RM288
VIP Box - RM6666 / box (maksimum 6 orang dibenarkan bagi setiap box, hanya 8 box sahaja tersedia)
OKU Zone - RM268 (tersedia untuk 6 orang sahaja)
Fans Benefit
Fans Benefit (UNIMAS & UUM)
IMAJI Zone - RM 180
-> Lanyard
Cat 1 - RM 150
-> L Folder
Cat 2 - RM 100
-> Signed Poster
Fans Benefit (Zepp KL)
Super AA Rock Zone A (Free Standing) -  RM588
-> 1:1 Photo Session
-> Lanyard + VIP Pass
-> Signed Poster
-> Tote Bag
-> Limited Hand Banner
-> L Folder
Super AA Rock Zone B (Free Standing) -  RM488
-> Lanyard + VIP Pass
-> Signed Poster
-> Tote Bag
-> Limited Hand Banner
-> L Folder
IMAJI Rock Zone (Free Standing)  - RM388
-> Limited Handbanner
-> L Folder
Premium Zone (Numbered Seat) - RM368
-> Limited Handbanner
-> L Folder
Upper Zone (Numbered Seat) - RM288
-> Limited Handbanner
-> L Folder
VIP Box - RM666
-> Admit max 6 pax
-> Group Photo
-> Lanyard + VIP Pass (Per Pax)
-> Signed Poster (Per Pax)
-> Tote Bag (Per Pax)
-> Album (Per Pax)
-> Sweat Shirt (Per Pax)
-> Limited Hand Banner (Per Pax)
-> L Folder (Per Pax)
OKU Zone - RM268
-> Limited Hand Banner
-> L Folder
Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan SPayLater turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.
Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) boleh menghubungi hotline tiket di +60 11-1190 0518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Datin Alyah Duta TWOMEE