Kerjasama perdana Mas Idayu & Ajai menerusi Harum Mekar Di Hati



By : king Azman
Setelah sekian lama tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi serba boleh
Mas Idayu akhirnya tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Harum Mekar Di Hati khusus
untuk peminat.

Dilancarkan secara rasmi pada 6 Disember lalu disemua pelantar digital, maklum balas positif
diberikan oleh sebahagian besar peminat yang sudah lama ternanti-nantikan karya terbaharu
daripada penyanyi ini.

Menariknya, ini juga merupakan gandingan perdana antara Mas Idayu dan Ajai yang bertindak
selaku komposer, manakala lirik pula adalah hasil idea daripada Raizo Almirez.
“Sebenarnya antara saya dan Ajai sudah lama berkawan. Kami sudah saling kenal-mengenal
sejak berpuluh tahun lalu dan baru kali ini dapat bekerjasama bersama menghasilkan Harum
Mekar Di Hati.

“Sudah pasti saya gembira dapat bekerjasama dengan komposer yang satu ini dan percaya lagu
yang dihasilkan juga ada keistimewaan tersendiri. Itu jugalah yang menjadi sebab mengapa saya
teruja merakamkan lagu ini,” kata Mas Idayu.
Tambahnya lagi, apa yang diberikan oleh Ajai sebenarnya kena dengan kehendaknya secara
peribadi terutama pemilihan genre lagu yang berteraskan pop rock dan bukannya dangdut.
Mas Idayu sendiri pada dasarnya lebih meminati genre pop rock sejak memulakan karier
nyanyian namun irama dangdut yang membawa namanya mekar di persada muzik tanah air.
“Ajai tahu saya mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dan sebab itu juga beliau tidak
memberikan saya lagu dangdut sebaliknya lagu ini berentak pop rock bagi menyerlahkan lagi sisi
lain.

“Saya percaya kepada karya Ajai dan tak salah untuk kami bekerjasama dalam sebuah naskhah
kali ini. Kalau lagu ini diterima baik, mungkin akan ada kerjasama lain akan datang, kita sama-
sama tunggu,” jelasnya lagi.

Bagi Ajai pula, pastinya dia gembira dapat bekerjasama dengan sahabat lamanya yang juga
merupakan sorang penyanyi versatil menerusi sebuah karya yang akan menyerlahkan lagi sisi
lain penyanyi tersebut.

Jelasnya, tidak ada apa-apa lagi yang perlu dipersoalkan tentang teknik nyanyian dan sebagainya
memandangkan Mas Idayu sudah tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja menerima karya
ini pada peringkat awal rakaman.
“Ada sebab kenapa saya memilih pop rock dan bukannya dangdut. Bagi saya Mas Idayu
merupakan nama besar dan perlu dicabar menyanyikan lagu genre lain. Bila saya beri pop rock,

dia mengubah penampilan dan cara nyanyian dengan baik.
“Harum Mekar Di Hati adalah tambahan kepada repertoire sedia ada dan saya pasti beliau akan
mencuri perhatian peminat baharu dan mengekalkan sokongan peminat sedia ada dengan apa yang dipersembahkan kali ini,” kata Ajai.
Pelancaran muzik video Harum Mekar Di Hati yang diadakan di Red Box Karaoke, The Curve
merupakan lagu terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music. Peminat
Mas Idayu boleh menonton muzik video lagu ini di saluran Youtube Indigital Music.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!