Konsert Hitam Manis, Dato Hattan, Hazam dan Black janjikan kelainan



By : Hannan 
Biarpun asalnya penganjur Reacch Events., berminat menganjurkan konsert untuk Dato Hattan secara solo, namun penyanyi lagu ‘Memburu Rindu’ itu lebih berminat untuk menjayakan konsert dengan rakan artis yang lain.
 
Nama yang terlintas di fikiran Dato Hattan untuk bekerjasama dengannya di pentas Konsert Hitam Manis ketika itu ialah Hazama dan Black kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain.
 
Jelas Dato Hattan, Konsert Hitam Manis yang bakal berlangsung pada 8 Februari 2025, jam 7.30 malam di Plenary Hall, KLCC itu dipilih kerana bersesuaian dengan penampilan mereka bertiga yang masing-masing berkulit hitam manis.
 
“Saya kenal Hazama sejak dia menjadi juara program Akademi Fantasia (AF9) kerana waktu itu saya adalah juri. Manakala Black pula, kami pernah mengadakan konsert jelajah di Sarawak bersama.
 
Tambah penyanyi berasal dari Negeri Sembilan itu, Konsert Hitam Manis yang bakal diiringi oleh kira-kira 10 pemuzik profesional di bawah kelolaan Pengarah Muzik Genervie Kam itu bakal menampilkan kelainan dan pasti meninggalkan kenangan manis kepada penonton.
 
Ini kerana setiap daripada mereka akan mendendangkan lagu popular masing-masing selama satu jam termasuk lagu-lagu yang belum pernah mereka nyanyikan sebelum ini iaitu lagu penyanyi lain.

Sementara itu, Hazama Ahmad Azmi, 40, pula berkata, sewaktu dipelawa oleh Dato Hattan untuk menjayakan Konsert Hitam Manis, beliau tidak fikir panjang terus terima.
 
“Apabila Dato Hattan tawar saya untuk konsert, saya rasa teruja dan tanya siapa lagi yang terlibat, dia kata Black. Saya rasa konsert ini sesuai untuk saya ada dan setuju untuk buat konsert sebegini kerana di Malaysia belum ada lagi konsert yang mengumpulkan tiga penyanyi lelaki macam ini.
 
 
“Konsert ini adalah khusus untuk peminat-peminat kami kerana dalam muzik ada pelbagai golongan peminat. Untuk Konsert Hitam Manis ini kita nak fokus kepada himpunan lagu-lagu hit yang boleh dinyanyikan bersama,” kata Hazama yang popular dengan lagu “Penglipurlara”.
 
Bagi Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, pula yang sudah lama tidak mengadakan persembahan berskala besar, melahirkan rasa gembira apabila namanya dipilih untuk menjayakan Konsert Hitam Manis.
 
Katanya, sebelum ini memang ada tawaran untuk mengadakan konsert tetapi terpaksa ditolak kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Bagi yang ingin menonton Konsert Hitam Manis boleh dapatkan tiket berharga RM988 (VVIP), RM 688 (VIP), RM588 (Diamond), RM488 (Platinum), RM388 (Gold), RM228 (Silver) dan RM198 (Bronze) di laman sesawang https://ticket2u.com.my/hitammanis

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!